Jabatan Anestesiologi

PENGENALAN

Jabatan Anestesiologi mula beroperasi pada bulan Mac 2005 dengan 2 dewan bedah untuk pembedahan am, 4 katil untuk penjagaan pesakit di Unit High Dependency dan Perkhidmatan Makmal Respiratori. Kini, perkhidmatan Jabatan Anestesiologi sudah berkembang ke jumlah 9 dewan bedah; 4 di Dewan Bedah Am bertempat di blok utama Aras 3, 2 di Dewan Bedah Materniti bertempat di blok utama Aras 2 dan 2 lagi di Dewan Bedah Pusat Perubatan Nuklear dan Radioterapi (PPNR) bertempat di blok PPNR aras 3 dan 1 Dewan Bedah Brachytherapy. Sejumlah 6 katil untuk penjagaan pesakit di Unit Rawatan Rapi Umum, 5 katil di Unit Rawatan Rapi Pembedahan Kanak-kanak bertempat di Aras 3 Blok utama dan 4 katil di Unit High Dependency di Blok PPNR.

PERKHIDMATAN

  1. Fungsi utama perkhidmatan adalah untuk memberikan anestesia kepada pesakit yang menjalani pembedahan.
  2. Perkhidmatan 24 jam untuk penjagaan pesakit di unit rawatan rapi dan perkhidmatan anestesia bagi kes-kes kecemasan dan elektif.
  3. Antara disiplin yang terlibat termasuklah Obstetrik Dan Ginekologi serta Pediatrik (surgeri, ortopedik,oftalmologi, ENT, maxillofacial, neurosurgeri dan onkologi) serta Radioterapi.
  4. Perkhidmatan lain yang disediakan termasuk remote anaesthesia dan perkhidmatan kesakitan akut (APS).
  5. Klinik Anestetik merupakan klinik pesakit luar yang memberikan perkhidmatan penilaian preoperatif kepada pesakit yang akan menjalani pembedahan elektif.

 

PIAGAM PELANGGAN

  1. Setiap pelanggan akan dilayan dengan cekap, ikhlas dan mesra.
  2. Keselamatan pesakit akan diberi keutamaan dalam semua rawatan pembedahan dan penjagaan pesakit.
  3. Semua pesakit akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan Anestesia sebelum dipindahkan ke wad berkenaan.

                                                        

 

 

Agensi Kerajaan

Hubungi Kami

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah
Karung Berkunci No.187
88996 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel : 088-522600
Fax : 088-438512
Email : hwkks@moh.gov.my
Today5
Yesterday243
This week5
This month3372
Total358399

2023-12-11
Image
Kemaskini terakhir :
9 Oktober 2023
DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | PETA LAMAN
Penafian : Pihak Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Hak Cipta Terpelihara @ 2018 HWKKS | sesuai di paparkan menggunakan pelayar web Microsoft Edge, Mozila & Google Crome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768

Main menu