BAHAGIAN KEJURURAWATANMatron Nancy Borubui |
|
Latar Belakang |
|
Unit Jururawat di Jabatan Kesihatan Negeri Sabah berperanan penting terhadap keseluruhan jururawat di negeri Sabah dengan jumlah perjawatan 11183, pengisian 10,627 dan kekosongan 556 daripada pelbagai gred sehingga Januari 2021. Jururawat di JKN Sabah ditempatkan di Jabatan Perubatan dan Jabatan Kesihatan awam dan tadbir urus kejururawatan berpusat di Unit Jururawat di bawah perubatan. Jumlah jururawat bertugas di unit jururawat adalah seramai lima orang yang terdiri daripada jururawat Gred U44 seorang, U41/U42/U44 seramai dua orang, Gred U32 seramai dua orang dan dibantu oleh seorang kerani. Unit Jururawat di ketuai oleh KPJN Nancy Binti Borubui iaitu Gred U48. Tujuan dan matlamat unit kejururawatan di tubuhkan adalah memantau kelancaran perlaksanaan aktiviti jururawat di JKN Sabah sentiasa berpandukan Akta Jururawat dan Code of professional Conduct for Nurses. Mencapai standard dan patient safety dikekalkan, mengurus isu berkaitan jururawat, mengkompail reten kejururawatan, menjalankan latihan dalaman, turun padang melaksanakan penyeliaan serta memastikan keseragaman pentadbiran kejururawatan dengan mengadakan mesyuarat pengurusan Peringkat Negeri secara berkala iaitu empat kali setahun. Bahagian Kejururawatan Malaysia diketuai oleh Pengarah Jururawat Malaysia seretusnya Pentadbiran Jururawat di JKN Sabah di ketuai oleh Ketua Penyelia Jururawat Negeri. |
|
OBJEKTIF |
|
|
|
MISI |
|
Memberikan perkhidmatan yang berkualiti dengan:-
|
|
VISI |
|
Visi bahagian Kejururawatan adalah memperkasakan perkhidmatan kejururawatan kea rah memberi perawatan yang holistik dan selamat. |
|
SKOP TUGAS UNIT JURURAWAT JKN SABAH |
|
Pentadbiran Kejururawatan |
|
Pentadbiran kejururawatan diterajui oleh Ketua Penyelia Jururawat Negeri Sabah. Mesyuarat pengurusan tertinggi kejururawatan dilaksanakan berjadual empat kali setahun dengan keahlian semua Ketua Penyelia Jururawat hospital dan Kesihtan awam. Ia bertujuan memastikan keseragaman tadbir urus kejururawatan. Bagi memastikan kualiti perawatan kejururawatan sentiasa di pantau pencapaian dan berkualiti. Mesyuarat teknikal Peringkat Negeri dilaksanakan sebanyak dua kali setahun. Memantau dan mengawal kepatuhan disiplin anggota jururawat. |
|
Pengurusan Sumber Manusia |
|
Sumber manusia unit jururawat berperanan menganalisa keperluan jururawat serta membuat permohonan baru (ABM). - Mencadangkan penempatan berdasarkan kekosongan dan kepakaran pos basic. - Pengagihan jururawat berdasat keperluan perkhidmatan dan mengambil kira permohonan jururawat sekiranya ada kekosongan. |
|
Pemantauan Kepatuhan Akta Kejururawatan |
|
Setiap jururawat perlu mematuhi Akta Jururawat dan Code Of Professional Conduct for nurses. Ia adalah peraturan yang wajid dipatuhi oleh jururawat dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawap. Setiap Jururawat juga wajid memiliki Annual Practice certificate bagi membolehkan boleh mengamal perawatan di Malaysia. |
|
Penyeliaan Klinikal |
|
Unit Jururawat juga terlibat dalam aktiviti penyeliaan klinikal. Pasukan turun padang ke PTJ untuk memantau kepatuhan standard of procedure dan memastikan perawatan berkualiti dan patient safety dikekalkan. |
|
Latihan Dalaman |
|
Latihan Dalaman bertujuan menentukan setiap jururawat sentiasa kemas kini ilmu pengetahuan dan kemahiran klinikal. Bagi kelancaran Latihan dalaman unit jururawat menyediakan :
Menyelaras permohonan Pos Basik dan Pelatih Jururawat IPTA/IPTS. |
|
Program Kualiti Kejururawatan |
|
Program Kualiti Kejururawatan bermatlamat memantau kualiti perawatan dan patient safety dikekalkan. Antara elemen yang yang dilaksanakan dalam kualiti kejururawatan adalah :-
Pengurusan aduan terhadap jururawat. |
|
Penyelidikan Kejururawatan |
|
Jururawat digalakkan melaksanakan penyelidikan bagi meningkat kualiti perawatan.
Menyedia laporan penyelidikan untuk dihantar ke BKJ, KKM. |
|
Menyediakan reten aktiviti Kejururawatan |
|
Unit jururawat mengkompail reten aktiviti jururawat di JKN Sabah, menganalisa tren pencapaian dan mencadang strategi penambahbaikan sebelum dihantar ke BKJ, KKM.
Laporan Pengurus wad, IPTS/IPTS. |
|