Image
Image

Displaying items by tag: Perubatan

 

BAHAGIAN PERUBATAN 

YBhg. Datuk Dr. Abd. Kahar Bin Abd. Asis
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan)

   
Bahagian Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah bertanggungjawab mengkordinasi, menyelaras, memudahcara, memantau pelaksanaan program rawatan perubatan yang meliputi perkhidmatan diagnostik, rawatan pemulihan serta penggalakan dengan cekap dan berkesan di semua hospital-hospital di Negeri Sabah.
 

OBJEKTIF

 

Memastikan perkhidmatan pengurusan bahagian perubatan dilaksanakan di semua peringkat dengan cekap, berkesan dan mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

MISI

 

Berusaha memastikan perkhidmatan perubatan yang disediakan adalah berkualiti, cekap, berkesan dan memenuhi kehendak pelanggan.

OBJEKTIF KHAS

  • Memastikan pengurusan perubatan klinikal mengikut ‘Clinical Practice Guidline’ yang telah ditetapkan.
  • Memastikan semua anggota diberi peluang untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang masing-masing.
  • Memastikan pengurusan kewangan, perolehan dan pembangunan mematuhi tatacara yang sedia ada.
  • Mengumpul, mengolah dan mengeluarkan laporan mengenai data-data yang diterima mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  • Memastikan semua anggota mempunyai kemahiran asas komputer.
  • Memastikan aktiviti kualiti penjagaan pesakit dilaksanakan mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
  • Memastikan semua pengamal perubatan swasta mematuhi Akta Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1988.
  • Semua aduan akan dilakukan penyiasatan dengan serta merta.

UNIT

 
  • Unit Amalan Perubatan
  • Unit Rekod Perubatan
  • Unit Perkembangan Perubatan
  • Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari
  • Unit Penolong Pegawai Perubatan (Bahagian Perubatan)

Published in Korporat
PENAFIAN :
JKN Sabah dan Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Hakcipta Terpelihara @ 2024 - Jabatan Kesihatan Negeri Sabah | Paparan terbaik menggunakan IE 9 dan ke atas/ Mozila Firefox 3.0 dan ke atas / Chrome dengan resolusi 1024 * 768