Image
Image

Pengurusan

25 May

BAHAGIAN PENGURUSAN

   
   YBrs. Puan Jasnawati Binti Jasmin
 Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan)

 

Bahagian ini bertanggungjawab memberikan perkhidmatan sokongan untuk merancang, membekal dan mempertingkatkan perkhidmatan-perkhidmatan melibatkan pengurusan sumber manusia, kewangan, khidmat pengurusan, pembangunan, teknologi maklumat, perolehan, aset dan stor, serta psikologi dan kaunseling bagi memastikan visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia dapat dicapai.

OBJEKTIF

  • Memastikan pengurusan sumber manusia ditadbir secara efektif dan efisien;
  • Memastikan sumber kewangan diurus dengan telus dan berintegriti;
  • Memastikan hal ehwal pentadbiran am diuruskan dengan cekap dan teratur;
  • Memastikan perancangan dan pembangunan fasiliti kesihatan dilaksanakan secara mampan selaras dengan kehendak stakeholder; 
  • Memantapkan penyampaian perkhidmatan berteraskan penggunaan teknologi maklumat terkini;
  • Memastikan pengurusan perolehan dan aset dilaksanakan secara cekap, sistematik dan berintegriti;
  • Memberikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling untuk mempertingkatkan kesihatan mental di kalangan anggota kesihatan bagi menggalakkan anggota yang berjiwa dan minda sihat. 

 

PIAGAM PELANGGAN

Kami beriltizam untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan mengamalkan etika kerja bertanggungjawab, cekap, integriti dan berinovasi.

CAWANGAN/SEKSYEN

 

1. Cawangan Sumber Manusia (SM)

  • Sektor Pengurusan Sumber Manusia 1 
    • 1. Seksyen Perkhidmatan Lantikan Tetap
      2. Seksyen Perkhidmatan Lantikan Kontrak dan Prestasi
      3. Seksyen Persaraan dan Perkhidmatan AM
  • Sektor Pengurusan Sumber Manusia 2
    • 1. Seksyen Perjawatan
      2. Seksyen Pertukaran dan Penempatan
  • Sektor Pembangunan Modal Insan dan Tatatertib
    • 1. Seksyen Latihan
      2. Seksyen Tatatertib
  • Sektor Hermis 
2. Cawangan Kewangan dan Khidmat Pengurusan (KP)
  • Sektor Kewangan dan Akaun
    • 1. Seksyen Bayaran
      2. Seksyen Belanjawan
      3. Seksyen Emolumen dan Hasil
  • Sektor Khidmat Pengurusan
    • 1. Seksyen Penyelarasan/Logistik/Komunakasi Korporat
      2. Seksyen Pentadbiran 1/Pentadbiran 2
3. Cawangan Aset dan Perolehan (AP)
  • Sektor Perolehan
    • 1. Seksyen Perolehan 1
      2. Seksyen Perolehan 2
  • Sektor Pengurusan Aset dan Stor
4. Cawangan Pembangunan (P)
  • Sektor Projek dan Tanah
    • 1. Seksyen Projek
      2. Seksyen Tanah
  • Sektor Bajet dan Permis Demis
    • 1. Seksyen Permis Demis dan Pentadbiran
      2. Seksyen Bajet
5. Cawangan Teknologi Maklumat (TM)
  • Sektor Pengurusan Teknologi Maklumat
  • Sektor Operasi dan Penyelenggaraan Teknologi Maklumat
  • Sektor Inovasi dan Aplikasi Teknologi Maklumat
  • Sektor Infrastruktur dan Keselamatan Teknologi Maklumat
6. Cawangan Psikologi dan Kaunseling (PK)
  • Sektor Intervensi dan Psikopendidikan
 
Last modified on Wednesday, 14 August 2024 07:27
More in this category: « Pengurusan Atasan Perubatan »
PENAFIAN :
JKN Sabah dan Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Hakcipta Terpelihara @ 2024 - Jabatan Kesihatan Negeri Sabah | Paparan terbaik menggunakan IE 9 dan ke atas/ Mozila Firefox 3.0 dan ke atas / Chrome dengan resolusi 1024 * 768