Image
Image

Korporat (15)

21 Jun

UNIT PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

   
   Hj. Ahmad Syamsul Bin Rezali
 Ketua Unit Penolong Pegawai Perubatan

 

PENGENALAN

OBJEKTIF

Memastikan semua Penolong Pegawai Perubatan Berkeupayaan Dalam Memberikan Perkhidmatan Kesihatan Yang Holistik Dan Dinamik Mengikut Standard Amalan Yang Ditetapkan.

VISI

Semua warga Penolong Pegawai Perubatan kompeten dan profesional.

MISI

  • Merealisasikan Visi Unit Penolong Pegawai Perubatan Dengan Memberi Perkhidmatan Perubatan Dan Kesihatan Yang Efektif Dan Efisien Sejajar Dengan Teknologi Terkini Berfokuskan Kepada Pelanggan Serta Berkonsepkan Motto “ Cepat, Cekap & Profesional ”.
  • Mengutamakan Pembelajaran Berterusan Dan Memperkasa Budaya Mendokumentasi Serta Berdisiplin Bagi Melahirkan Warga Penolong Pegawai Perubatan Yang Berkemahiran Tinggi.
  • Mewajibkan Penglibatan Dalam Bidang Kajian Dan Penyelidikan Bagi Memantapkan Profesion Penolong Pegawai Perubatan
  • Memperkukuh Kerjasama Dengan Semua Warga KKM Dalam Menjayakan Sistem Perkhidmatan Kesihatan Yang Berkuatkuasa.

 

25 May

BAHAGIAN KEJURURAWATAN

   

Puan Damica Kunsiong
Ketua Penyelia Jururawat Negeri

 1. LATAR BELAKANG 

  • Unit Jururawat di Jabatan Kesihatan Negeri Sabah berperanan penting terhadap keseluruhan jururawat di negeri Sabah dengan jumlah perjawatan 11183, pengisian 10,627 dan kekosongan 556 daripada pelbagai gred sehingga Januari 2021. Jururawat di JKN Sabah ditempatkan di Jabatan Perubatan  dan Jabatan Kesihatan awam dan tadbir urus kejururawatan berpusat di Unit Jururawat di bawah perubatan. Jumlah jururawat bertugas di unit jururawat adalah seramai lima orang yang terdiri daripada jururawat Gred U44 seorang, U41/U42/U44 seramai dua orang, Gred U32 seramai dua orang dan dibantu oleh seorang kerani. Unit Jururawat di ketuai oleh KPJN Nancy Binti Borubui iaitu  Gred U48.
  • Tujuan dan matlamat unit kejururawatan di tubuhkan adalah memantau kelancaran perlaksanaan aktiviti jururawat di JKN Sabah sentiasa berpandukan Akta Jururawat dan Code of professional Conduct for Nurses. Mencapai standard dan patient safety dikekalkan, mengurus isu berkaitan jururawat, mengkompail reten kejururawatan, menjalankan latihan dalaman, turun padang melaksanakan penyeliaan serta memastikan keseragaman pentadbiran kejururawatan dengan mengadakan mesyuarat pengurusan Peringkat Negeri secara berkala iaitu empat kali setahun.
  • Bahagian Kejururawatan Malaysia diketuai oleh Pengarah Jururawat Malaysia seretusnya Pentadbiran Jururawat di JKN Sabah di ketuai oleh Ketua Penyelia Jururawat Negeri.

2. OBJEKTIF 

  1. Menentukan perawatan kejururawatan yang diberikan kepada pelanggan mematuhi Standard Operating Prosedure dan Code of Professional of Conduct for nurses.
  2. Mengenalpasti keperluan pos Basik di setiap hospital dan kesihatan awam, menggalakkan penyertaan permohonan dan menyokong permohonan pos basik. Serta memantau penempatan Jururawat U29, selepas tamat pos basik di wad atau unit yang sesuai dengan kepakaran.
  3. Mengenal pasti keperluan latihan dan menyediakan takwim latihan bagi peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.
  4. Mengenal pasti pasukan penyelidik, menyelaras pelaksanaan penyelidikan dan menyediakan reten penyelidikan kejururawatan ke Bahagian Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia.
  5. Melaksanakan penyeliaan klinikal ke hospital dan klinik kesihatan bagi menentukan piawaian perkhidmatan kejururawatan dikekalkan.

3. MISI

 Memberikan perkhidmatan yang berkualiti dengan:-

  1. Akur kepada perundangan dan memberi perawatan kejururawatan yang selamat.
  2. Menggubal, membangun dan mengkaji semula dasar berkaitan perkhidmatan kejururawatan.
  3. Merancang, melaksana, mmantau dan menambahbaik amalan perawatan kejururawatan.
  4. Mengkoodinasi sumber manusia kejururawatan di fasiliti KKM mengikut keperluan perkhidmatan.
  5. Mengurus hal-hal pentadbiran, system IT dan pengurusan kewangan di Bahagian Kejururawatan.

 

4. VISI

Visi bahagian Kejururawatan adalah memperkasakan perkhidmatan kejururawatan  kea rah memberi perawatan yang holistik  dan selamat.

 

 

SKOP TUGAS UNIT JURURAWAT JKN SABAH

 

7.1

Pentadbiran Kejururawatan

 

Pentadbiran kejururawatan diterajui oleh Ketua Penyelia Jururawat Negeri Sabah.

Mesyuarat pengurusan tertinggi kejururawatan dilaksanakan berjadual empat kali setahun dengan keahlian semua Ketua Penyelia Jururawat hospital dan Kesihtan awam. Ia bertujuan memastikan keseragaman tadbir urus kejururawatan.

Bagi memastikan kualiti perawatan kejururawatan sentiasa di pantau pencapaian dan berkualiti. Mesyuarat teknikal Peringkat Negeri dilaksanakan sebanyak dua kali setahun.

-       Memantau dan mengawal kepatuhan disiplin anggota jururawat.

7.2

Pengurusan Sumber Manusia

 

Sumber manusia unit jururawat berperanan menganalisa keperluan jururawat serta membuat permohonan baru (ABM).

-       Mencadangkan penempatan berdasarkan kekosongan dan kepakaran pos basic.

-       Pengagihan jururawat berdasat keperluan perkhidmatan dan mengambil kira permohonan jururawat sekiranya ada kekosongan.

7.3

Pemantauan Kepatuhan Akta Kejururawatan

 

Setiap jururawat perlu mematuhi Akta Jururawat dan Code Of Professional Conduct for nurses. Ia adalah peraturan yang wajid dipatuhi oleh jururawat dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawap.

Setiap Jururawat juga wajid memiliki Annual Practice certificate bagi membolehkan boleh mengamal perawatan di Malaysia.

7.4

Penyeliaan Klinikal

 

Unit Jururawat juga terlibat dalam aktiviti penyeliaan klinikal. Pasukan turun padang ke PTJ untuk memantau kepatuhan standard of procedure dan memastikan perawatan berkualiti dan patient safety dikekalkan.

 

 

7.5

Latihan  Dalaman

 

Latihan Dalaman bertujuan menentukan setiap jururawat sentiasa kemas kini ilmu pengetahuan dan kemahiran klinikal.

Bagi kelancaran Latihan dalaman unit jururawat menyediakan :

-       Takwim Latihan setiap tahun

-       Latihan dilaksanakan setiap bulan secara fizikal atau wensinar.

-       Pre test dan pos test dilaksanakan untuk melihat keberkesanan.

-       Menyelaras permohonan Pos Basik dan Pelatih Jururawat IPTA/IPTS.

7.6

Program Kualiti Kejururawatan

 

Program Kualiti Kejururawatan bermatlamat memantau kualiti perawatan dan patient safety dikekalkan. Antara elemen yang yang dilaksanakan dalam kualiti kejururawatan adalah :-

-       KPI Kejururawatan : Penempatan Jururawat sesuai dengan kepakaran pos basik bagi Gred U29. Dengan sasaran 90%.

-       National Nursing Audit yang dilaksanakan dua kali setahun.

-       Audit NORNA dilaksanakan dua kali setahun ( Dewan Bedah)

-       Pemantauan NNIA dipantau setiap tiga bulan.

-       Pengurusan aduan terhadap jururawat.

7.7

Penyelidikan Kejururawatan

 

Jururawat digalakkan melaksanakan penyelidikan bagi meningkat kualiti perawatan.

-       Unit jururawat sentiasa menyokong dan memberikan bimbingan.

-       Menyelaras perlaksanaan penyelidikan

-       Mengkompail penyelidikan kejururawatan

-       Menyedia laporan penyelidikan untuk dihantar ke BKJ, KKM.

7.8

Menyediakan reten aktiviti Kejururawatan

 

Unit jururawat mengkompail reten aktiviti jururawat di JKN Sabah, menganalisa tren pencapaian dan mencadang strategi penambahbaikan sebelum dihantar ke BKJ, KKM.

-       Reten Sumber manusia

-       Audit NNA, NORNA, KPI, Aduan, Penyelidikan.

-       AHK 1-12 ( Perjawatan)

-       Laporan Pengurus wad, IPTS/IPTS.

Disediakan Oleh : KPJN  Nancy Binti Borubui   ( 08.Mac. 2021)

 

 

25 May

BAHAGIAN KEJURUTERAAN

   
Ir. Roslan bin Dullah
Ketua Jurutera Negeri (Kejuruteraan)

 

  • Menyediakan perkhidmatan teknikal yang berkualiti untuk perlaksanaan projek pembangunan dan keseluruhan aspek kejuruteraan termasuk peralatan perubatan.
  • Memastikan bahawa Program Pemantauan Kualiti Air Minnum Kebangsaan dilaksanakan sefektifnya dalam memastikan keselamatan kesihatan pengguna.
  • Memastikan Program Sanitasi Persekitaran Luar Bandar dilaksanakan dan dipelihara seefektinya supaya air minum adalah bersih dan sanitasi diperolehi oleh setiap golongan masyarakat Luar Bandar.
  • Memantau pematuhan perlesenan di bawah Akta Pelesenen Tenaga Atom 1984 untuk kegunaan peralatan radiasi dan bahan-bahan radioiaktif dalam perubatan.

 

OBJEKTIF KUALITI

Menjalankan lawatan/ pemeriksaan teknikal serta menyediakan laporan skop kerja dan pelan teknikal dalam masa 21 hari bekerja daripada tarikh surat permohonan diterima.

 

VISI

Untuk menjadi pasukan kerja profesional dengan menyediakan perkhidmatan kejuruteraan dan saintifik yang berkualiti dalam sector kesihatan selaras dengan teknologi terkini.

 

MISI

Untuk membekalkan perkhidmatan berkualiti, bermutu dan tepat kepada:

  • Perancangan, pelaksanaan dan pemantauan perkhidmatan kejuruteraan fasiliti-fasiliti kesihatan dan aktiviti kesihatan persekitaran.
  • Penguatkuasaan Perundangan Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 berhubung dengan penggunaan radiasi ion dalam perubatan.

 

SEKSYEN / UNIT

  • Kejuruteraan Penjagaan Kesihatan (Healthcare Engineering)
  • Kejuruteraan Kesihatan Umum (Public Health Engineering)
  • Unit Keselamatan Sinaran
  • Unit Pentadbiran
25 May

BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN

   
  YBrs. Cik Sitti Aralas
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan & Kualiti Makanan)

 

OBJEKTIF AM

BKKM ditubuhkan bagi melindungi orang ramai terhadap bahayanya dari segi Kesihatan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan mengenai perkara-perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya.

 

OBJEKTIF KHUSUS

  • Memastikan penyediaan, penjualan dan penyimpanan semua bahan makanan adalah bersih dan selamat serta mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan dibawahnya
  • Memastikan supaya semua bahan makan yang dijual adalah:
    • Bebas daripada pencemaran dan penambahan aditif makanan yang tidak diperlukan dan bertujuan penipuan
    • Mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditetapkan
    • Dilabel dan diiklan dengan mencukupi serta memberi gambaran sebenar mengenai kandungan makanan tersebut
  • Memastikan semua bahan makanan yang diimport ke Negera ini adalah selamat dan mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985
  • Memastikan makanan yang dieksport oleh negara ini mematuhi keperluan oleh negara-negara pengimport dan mematuhi Peraturan-peraturan Makanan Pengeluar Sijil Bagi Tujuan Eksport Ikan dan Hasilan Ikan ke Kesatuan Eropah 2009.
  • Memastikan orang ramai menerima maklumat yang tepat mengenai aspek keselamatan dan kebersihan makanan.

VISI

Memastikan keselamatan makanan dan mempertingkatkan integriti negara dalam keselamatan dan kualiti makanan melalui tanggungjawab dan akauntabiliti bersama berasaskan sistem pengurusan tripartite yang berkesan ke arah Wawasan 2020.

 

MISI

Mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi meransang dan memudahkan rakyat untuk:

  • Mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka.
  • Menghargai kesihatan sebagai aset yang bernilai.
  • Mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu. 
  • Mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi meransang dan memudahkan rakyat untuk:
    • Mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka.
    • Menghargai kesihatan sebagai aset yang bernilai.
    • Mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu. 

 

PEKHIDMATAN YANG DIBERIKAN

  1. Pendaftaran Premis Makanan
  2. Perlesenan Air Minuman Berbungkus dan Air Mineral Semulajadi
  3. Perlesenan Ais untuk Perniagaan dan Perdagangan
  4. Akreditasi Baru dan Pembaharuan Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM)
  5. Sijil Pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS)
  6. Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)
  7. Skim Pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP)
  8. Skim Pensijilan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP)
  9. Sijil Kesihatan untuk Tujuan Eksport
  10. Sijil Penjualan Bebas
  11. Pensijilan Trust MyCatering
  12. Pendaftaran MyFood Tag
  13. Pendidikan Kesihatan
  14. Penyenaraian Homebase Food (Makanan Sediaan di Rumah)

 

SEKSYEN / UNIT

  • Pengurusan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
  • Unit Surveilan dan Komunikasi & Kepenggunaan
  • Pematuhan Domestik dan Import
  • Unit Perkhidmatan Industri
  • Kawalan Eksport

PEJABAT KESIHATAN KAWASAN (Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Teknologi Makanan pada 8.00 pg - 5.00 ptg)

  1. PKK Kota Kinabalu 088-726324
  2. PKK Penampang 088-722017
  3. PKK Tuaran 088-793881
  4. PKK Kudat 088-622117
  5. PKK Beaufort 087-211473
  6. PKK Keningau      087-333725
  7. PKK Sandakan 088-668806
  8. PKK Lahad Datu 089-882178
  9. PKK Tawau 089-775733
  10. Ibu Pejabat BKKM 088-248201

 

 

25 May

BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI

   
 YBrs. Dr. Liau Siow Yen
 Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perkhidmatan Farmasi)

 

VISI

 Meningkatkan kesihatan rakyat menerusi kecemerlangan dalam amalan farmasi.

 

MISI

Misi Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia adalah:

  1. Menguatkuasakan undang-undang dan memperbaharui polisi untuk memastikan produk dan perkhidmatan farmaseutikal adalah berkualiti. 
  2. Memastikan sistem organisasi yang efektif dan responsif ke arah kelestarian perkhidmatan berkualiti.
  3. Membina keupayaan dan profesionalisme menerusi pembangunan bakat dan pemerkasaan tenaga kerja.
  4. Memperhebat kerjasama ke arah mencapai piawaian dan amalan terbaik.

 

OBJEKTIF

1. Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi

  • Memastikan kebolehcapaian berterusan terhadap ubat-ubatan yang berkualiti, selamat dan kos efektif.
  • Memperkukuh penggunaan ubat-ubatan secara berkualiti dan rasional ke arah kesihatan yang lebih baik.
  • Meningkatkan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal selaras dengan piawaian dan amalan terbaik.

2. Bahagian Penguatkuasaan Farmasi

  • Memastikan penjualan, pembekalan, pemilikan dan pengiklanan substans, produk dan kosmetik mematuhi peruntukan undang-undang.

 

3. Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Farmasi

  • Membangunkan dasar untuk sektor farmaseutikal selaras dengan keperluan penjagaan kesihatan negara (peringkat Kementerian sahaja).
  • Memastikan pengurusan sumber yang efisien dan cemerlang.

 

SEKSYEN / UNIT

  • Cawangan Pengurusan Farmasi
  • Cawangan Amalan & Perkembangan Farmasi
  • Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri
  • Cawangan Farmasi Logistik Negeri

 

   

25 May

BAHAGIAN PERGIGIAN

   
YBrs. Dr. Thaddius Herman Maling
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian)

 

VISI

Untuk meningkatkan taraf kesihatan pergigian penduduk negeri Sabah sejajar dengan peningkatan kualiti hidup.

 

MISI

Memberi perkhidmatan kesihatan pergigian kepada rakyat negeri Sabah bertujuan mencapai tahap kesihatan pergigian yang optima di kalangan individu, keluarga dan masyarakat melalui usaha-usaha mempromosikan tabiat kesihatan yang positif dan memastikan perkhidmatan kesihatan pergigian yang berkualiti, berteknologi sesuai ke arah pencapaian kepuasan pelanggan.

 

SEKSYEN UNIT

  • Unit Pengurusan
  • Unit Pentadbiran dan Perkhidmatan
  • Unit Kewangan
  • Unit Kesihatan Pergigian Primer
  • Unit Kesihatan Pergigian Masyarakat
  • Unit Penguatkuasaan

 

25 May

BAHAGIAN KESIHATAN AWAM

   
 
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam)

 

OBJEKTIF OPERASI

Untuk membekalkan satu perkhidmatan kesihatan yang baik dan berkesan di dalam bidang pencegahan, pengawalan, rawatan dan penggalakkan terutama kepada penduduk-penduduk di luar bandar dan menggalakkan mengekalkan taraf kesihatan yang optimum serta mengelakkan dari berlaku.

 

SEKSYEN / UNIT

  • Unit Perkembangan Kesihatan Awam
  • Unit Pembangunan Kesihatan Keluarga
  • Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit
  • Unit Pemakanan
  • Unit Promosi Kesihatan 
  • Unit Inspektorat & Perundangan
  • Unit Penolong Pegawai Perubatan Kesihatan Awam
  • Unit Kejururawatan Kesihatan Awam
  • Unit Pentadbiran
  • Pejabat Kesihatan Kawasan 
  • Pejabat Kesihatan Daerah
  • Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu
25 May

 

BAHAGIAN PERUBATAN 

YBhg. Datuk Dr. Abd. Kahar Bin Abd. Asis
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan)

   
Bahagian Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah bertanggungjawab mengkordinasi, menyelaras, memudahcara, memantau pelaksanaan program rawatan perubatan yang meliputi perkhidmatan diagnostik, rawatan pemulihan serta penggalakan dengan cekap dan berkesan di semua hospital-hospital di Negeri Sabah.
 

OBJEKTIF

 

Memastikan perkhidmatan pengurusan bahagian perubatan dilaksanakan di semua peringkat dengan cekap, berkesan dan mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

MISI

 

Berusaha memastikan perkhidmatan perubatan yang disediakan adalah berkualiti, cekap, berkesan dan memenuhi kehendak pelanggan.

OBJEKTIF KHAS

  • Memastikan pengurusan perubatan klinikal mengikut ‘Clinical Practice Guidline’ yang telah ditetapkan.
  • Memastikan semua anggota diberi peluang untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang masing-masing.
  • Memastikan pengurusan kewangan, perolehan dan pembangunan mematuhi tatacara yang sedia ada.
  • Mengumpul, mengolah dan mengeluarkan laporan mengenai data-data yang diterima mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  • Memastikan semua anggota mempunyai kemahiran asas komputer.
  • Memastikan aktiviti kualiti penjagaan pesakit dilaksanakan mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
  • Memastikan semua pengamal perubatan swasta mematuhi Akta Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1988.
  • Semua aduan akan dilakukan penyiasatan dengan serta merta.

UNIT

 
  • Unit Amalan Perubatan
  • Unit Rekod Perubatan
  • Unit Perkembangan Perubatan
  • Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari
  • Unit Penolong Pegawai Perubatan (Bahagian Perubatan)

PENAFIAN :
JKN Sabah dan Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Hakcipta Terpelihara @ 2025 - Jabatan Kesihatan Negeri Sabah | Paparan terbaik menggunakan IE 9 dan ke atas/ Mozila Firefox 3.0 dan ke atas / Chrome dengan resolusi 1024 * 768