Selagi kakitangan tersebut tidak mengemukakan surat pelepasan jawatan, maka nama kakitangan tersebut harus dikekalkan di dalam rekod perjawatan.
Kakitangan lapor diri perlu menyertakan salinan surat SPA atau KKM, gambar 4 keping dan salinan pendaftaran sementara (bagi Pegawai Perubatan).
Gaji dan emolument kakitangan dalam urusan pinjam jawatan adalah dibayar oleh PTJ dimana jawatan tersebut diwujudkan dalam ertikata lain PTJ.
No change of electives will be entertainment so as to avoid disruption of placement dates of other medical students.
All application must be sent by postal mail.
There is no registration fee incurred for the elective however a sum not more than RM10.00 may be charged for.
The minimum duration of each placement is not less than 14 working days.
Permohonan mestilah menggunakan borang Permohonan Pertukaran KKM (LAMPIRAN D) dan dihantar melalui Ketua Jabatan dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) kepada Bahagian Sumber Manusia, KKM.
Pemohon perlu membuat permohonan di laman sesawang Sistem ePertukaran JKN Sabah.
Pegawai Farmasi KKM, dengan kelulusan daripada Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) telah dibenarkan melakukan pekerjaan luar (lokum) sejak tahun 2006.
Walau bagaimanapun, berkuatkuasa 23 Mac 2011, kebenaran untuk melakukan lokum kepada semua Pegawai Farmasi telah ditangguhkan demi kepentingan penyampaian perkhidmatan kesihatan di KKM. Terkini, bilangan pegawai farmasi di komuniti farmasi adalah terhad dan menyebabkan waktu perkhidmatan yang terhad.
Maka Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF) KKM telah mengkaji semula dan mengemaskini tatacara permohonan lokum sedia ada berdasarkan maklum balas dan isu-isu yang timbul sebelum ini. Justeru, dengan persetujuan KPK, BPF KKM telah membenarkan Pegawai Farmasi KKM untuk melakukan lokum.
Untuk keterangan lanjut sila rujuk pautan berikut:
http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/dokumen/syarat-syarat-melakukan-lokum-carta-alir-proses-permohonan-lokum.html
http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/dokumen/borang-permohonan-rekod-aktiviti-lokum-pegawai-farmasi-kkm.html
Terdapat sebanyak 50 soalan Multiple Choice Questions (MCQ) dan 5 soalan esei pendek dalam bentuk “open book format".
Calon perlu menjawab semua soalan dalam tempoh 3 jam 30 minit.
Ya, Pegawai Farmasi yang cuti belajar perlu mengumpul 40 mata CPD setahun.
3 kali setahun iaitu pada bulan Mac, Jun dan November.
Pengarah Hospital diberikan tanggungjawab untuk menjadi pengerusi di peringkat hospital.
Sekiranya sesebuah kenderaan tersebut memerlukan penggantian enjin, maka enjin tersebut hendaklah enjin baru dan mempunyai surat pengesahan dari pihak manufacturer, Sijil/surat daripada Jabatan Kastam (melibatkan import) serta mendapat kelulusan semula oleh pihak JPJ. Pihak hospital perlu mengemaskini geran dan pendaftaran aset. Enjin lama tersebut perlu melalui pelupusan sepertimana pekeliling semasa yang berkuatkuasa.
Pihak syarikat konsesi bertanggungjawab untuk memberikan khidmat penyelengaraan secara menyeluruh serta menempatkan staf yang kompeten dengan cukup pada setiap masa di hospital walaupun pada hari cuti hujung minggu dan cuti awam, bukan dengan oncall basis.
Pihak KKM telah merangka program penyimpanan alat ganti Just In Time (JIT). Selain itu, pihak syarikat juga boleh memeterai perjanjian dengan vendor bagi membolehkan alat ganti tersebut dapat diperolehi dalam masa singkat.
Aset tersebut perlu didaftar mengikut tatacara pendaftaran bagi aset hadiah.
Syarikat Konsesi perlu mendapatkan persetujuan dari pihak user untuk berkenaan tempoh masa yang akan diambil untuk pembaikan. Sekiranya user tidak bersetuju maka SCM tersebut tidak sah.
Ya, pembekalan dan penukaran consumables bagi mesin hemodialisis jatuh di bawah tanggungjawab pihak hospital.
Pendaftaran dengan MDA diwajibkan kepada pengeluar/pengedar sebelum sesuatu peralatan dijual di Malaysia buat masa kini.
Dalam TRKPI – Uptime target telah dibahagikan kepada aset mengikut tahun. Tiada pengecualian untuk asset yang masih dalam warranty.
Aset yang didaftar pada pertengahan tahun, uptime target akan dikira pada mula ianya didaftarkan.
PSK adalah singkatan daripada program Perkhidmatan Sokongan Klinik yang diwujudkan selaras dengan hasrat dan dasar pengurusan aset dan fasiliti secara menyeluruh serta keperluan KKM dalam memastikan penyenggaraan aset yang sistematik, menyeluruh, seragam dan bersepadu di semua fasiliti klinik KKM.
Program PSK telah dirangka dengan sistem penjadualan frekuensi penyenggaraan yang teratur, sistematik dan menyeluruh untuk 3 skop utama perkhidmatan iaitu FEMS, Cleansing dan Clinical Waste Management System (CWMS).
Maka kerja penyenggaraan di klinik akan menjadi lebih mantap kerana bangunan / fasiliti / peralatan klinik sentiasa dipantau untuk berfungsi dengan baik dan selamat digunakan, secara tidak langsung akan memanjangkan jangka hayat serta reliabiliti aset kerajaan, meningkatkan imej dan mutu perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.
Tidak.
Syarikat Konsesi, QMS tidak bertanggungjawab untuk membuat penggantian terhadap alat biomedikal sediaada yang dicadangkan untuk BER di bawah Program MEET.
Untuk makluman, penggantian peralatan biomedikal sediaada yang dicadangkan untuk BER perlu melalui kaedah perolehan aset kerajaan.
Mata kredit CPD diperlukan untuk memastikan jururawat meningkatkan dan mengemaskini pengetahuan secara berterusan dan kompetensi dalam praktis ianya adalah satu keperluan untuk pembaharuan Perakuan Jururawat seperti yang ditetapkan dalam Akta Kejururawatan 1985.
Memohon melalui Unit CPD Bahagian Kejururawatan, Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dengan,
Garispanduan permohonan boleh dimuat turun dari Portal Nursing KKM.
Permohonan perlu dialamatkan kepada:
Pengarah Kejururawatan
Bahagian Kejururawatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 3, Blok E1 Prisent 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Malaysia
No Tel : 03- 8883 3520 / 3568
No Faks : 03-8890 4149
Emel:nursing@moh.gov.my
Untuk Pertanyaan Berkaitan
Pendaftaran /APC : 03 - 8883 3530 / 2428