JABATAN DIETETIK & SAJIAN

PENGENALAN
Jabatan Dietetik dan Sajian merupakan salah satu jabatan di bawah kategori sokongan klinikal bagi Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah. Jabatan ini terletak di blok yang berasingan daripada blok utama hospital. Lokasi jabatan ini adalah di antara Unit Perubatan Tradisional dan Komplimentari (Traditional & Complimentary Medicine, TCM) serta Kafeteria hospital.
Secara umumnya, Jabatan ini memberikan dua perkhidmatan utama kepada hospital ini iaitu:
a. Perkhidmatan Dietetik Klinikal
b. Perkhidmatan Sajian
Perkhidmatan Dietetik Klinikal:
Jabatan ini akan memberikan Perkhidmatan Dietetik Klinikal pada setiap hari Isnin hingga Jumaat tidak termasuk pada hari Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am. Waktu operasi perkhidmatan ini adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Perkhidmatan Sajian:
Jabatan ini komited untuk memberikan perkhidmatan makanan selama tujuh (7) hari dalam seminggu termasuk hari Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am. Waktu operasi perkhidmatan ini adalah dari jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang
Pelaksanaan perkhidmatan makanan ini adalah berdasarkan Program Jaminan Keselamatan Makanan yang sedang dilaksanakan di Jabatan ini iaitu:
a) Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)
b) Good Manufacturing Practices (GMP)
c) Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP)
d) HALAL
OBJEKTIF
Perkhidmatan Dietetik Klinikal:
Untuk memberi perkhidmatan Medical Nutrition Therapy (MNT) dengan melaksanakan Nutrition Care Process (NCP) serta memastikan perkhidmatan dietetik yang cemerlang melalui penyampaian perkhidmatan secara profesional dan berkualiti yang berorientasikan pelanggan
Perkhidmatan Sajian:
Untuk menyediakan makanan yang sihat, bersih dan selamat kepada pesakit bagi meningkatkan status pemakanan mengikut diet yang sesuai supaya menjadi pelengkap kepada keseluruhan rawatan serta memberikan perkhidmatan yang mengutamakan pelanggan
MISI
Perkhidmatan Dietetik Klinikal:
Jabatan ini komited untuk memberi perkhidmatan Dietetik Klinikal, Dietetik Komuniti dan Kesihatan Awam, penyelidikan dietetik dan diet teraputik kepada pelanggan dengan mengutamakan inovasi, teknologi dan amalan terkini ke arah peningkatan kualiti yang berterusan
Perkhidmatan Sajian:
Jabatan ini akan menyediakan perkhidmatan makanan yang sihat, berkualiti dan dijamin selamat serta menepati keperluan nutrisi dengan mengutamakan inovasi, perkembangan teknologi terkini dan melaksanakan penyelidikan serta mempromosi perkhidmatan makanan kepada komuniti
SKOP PERKHIDMATAN
Perkhidmatan Dietetik Klinikal:
-Memberi perkhidmatan dietetik klinikal dengan melaksanakan MNT bagi pesakit yang diberi pemakanan secara oral atau pesakit yang memerlukan nutrition support bagi membantu mencapai status pemakanan yang optima
-Memberi perkhidmatan kepakaran dietetik klinikal secara profesional, sistematik dan penglibatan dalam rawatan multi disiplin
-Memberi Perkhidmatan Dietetik Komuniti meliputi pelaksanaan kempen kesihatan, jemputan ceramah dan lawatan ke rumah bagi kes-kes yang tertentu.
-Memberi perkhidmatan Dietetik Pesakit Dalam dan Pesakit Luar semasa lawatan ke hospital lain yang tiada Pegawai Dietetik residen
-Memberi latihan kepada anggota dan membantu dalam memberi latihan praktikal dietetik klinikal kepada pelatih dari Universiti Awam/Swasta
-Menggalakkan penglibatan di dalam kajian dan penyelidikan dietetik klinikal/komuniti bagi peningkatan mutu perkhidmatan
Perkhidmatan Sajian:
-Sistem perkhidmatan makanan yang digunakan adalah secara hybrid inhouse di mana makanan dibekalkan kepada pesakit mengikut pesanan berdasarkan keperluan dan kelayakan kelas pesakit
-Perkhidmatan makanan juga diberikan kepada anggota hospital yang berkelayakan berdasarkan pekeliling dan arahan semasa dari Kementerian Kesihatan Malaysia
-Menyedia makanan yang sihat dan berkualiti mengikut prinsip Jaminan Keselamatan Makanan
-Memberi latihan kepada anggota dan membantu dalam memberi latihan kepada pelatih perkhidmatan makanan dari Universiti Awam/Swasta
-Menggalakkan penglibatan di dalam kajian dan penyelidikan perkhidmatan makanan bagi peningkatan mutu perkhidmatan
GALERI




