JABATAN KERJA SOSIAL PERUBATAN

PENGENALAN
Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan pada asalnya adalah perkhidmatan kebajikan yang telah diperkenalkan di hospital-hospital di Malaysia pada tahun 1952. Pada peringkat awal, perkhidmatan yang diberikan lebih berupa bantuan kewangan kepada pesakit yang memerlukan, justeru itu nama jawatan ini dikenali sebagai ‘Lady Almoner’. Sehingga tahun 1991 terdapat hanya 8 orang Pegawai Kebajikan Perubatan yang bertugas di Hospital Besar Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh, Melaka, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching. Selari dengan perkembangan skop perkhidmatan, nama jawatan Pegawai Kebajikan Perubatan telah ditukar kepada Pegawai Kerja Sosial Perubatan mengikut surat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam bil. JPA (S) 253/2/13 klt.85 (16) bertarikh 13 November 2002.
Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah diwujudkan pada tahun 2006. Dan pada tahun 2026 ini, Jabatan Kerja Sosial Perubatan mempunyai 4 orang anggota iaitu terdiri daripada 3 orang Pegawai Kerja Sosial Perubatan dan 1 orang staf sokongan.
Skop perkhidmatan Pegawai Kerja Sosial Perubatan adalah untuk memberikan bantuan psikososial kepada pesakit dan/atau waris. Bantuan psikososial ini melibatkan penilaian biopsikososial yang perlu dijalankan ke atas pesakit dan/atau waris oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan sebelum intervensi terapi sokongan dan bantuan praktik diberikan. Selain peranan hakiki, Jabatan Kerja Sosial Perubatan HWKKS juga bertanggungjawab sebagai Penyelaras Perkhidmatan Sukarelawan HWKKS, menguruskan kemasukan pesakit ke beberapa Rumah Perantaraan yang ada di sekitar HWKKS dan Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia cawangan HWKKS di bawah Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia.
OBJEKTIF
OBJEKTIF AM
Memberikan perkhidmatan psikososial kepada pesakit semasa proses pencegahan, rawatan dan pemulihan.
Membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi produktif, berdikari dan dapat Kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.
Meningkatkan keyakinan diri kea rah memperkasakan pesakit melalui perkhidmatan terapi sokongan.
OBJEKTIF KHUSUS
98% masa tindakbalas awal rujukan pesakit bagi perkhidmatan kerja sosial perubatan dalam masa dua (2) hari bekerja.
85% kes dirujuk ke agensi rujukan dalam tempoh lima (5) hari bekerja setelah intervensi sosial selesai.
VISI
Memastikan keperluan psikososial pesakit, keluarga dan komuniti dipenuhi ke arah menjadi pusat kecemerlangan perkhidmatan kesihatan wanita dan kanak-kanak serta pusat perubatan nuklear dan radioterapi di Sabah.
MISI
Jabatan Kerja Sosial Perubatan komited untuk menjadi pusat kecemerlangan perkhidmatan kerja sosial perubatan melalui bantuan praktik dan terapi sokongan.
SKOP PERKHIDMATAN
Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan disediakan untuk pesakit dalam dan pesakit luar yang menerima rawatan di hospital. Perkhidmatan ini merangkumi :
a. Pengurusan Bantuan Praktik
i. Penempatan Institusi
ii. Bantuan Kewangan (peralatan/ ubatan/ rawatan/ am)
iii. Mengesan Waris
b. Pengurusan Bantuan Terapi Sokongan
i. Khidmat Perundingan
ii. Sokongan Emosi
iii. Intervensi Krisis
Bantuan praktik dan terapi sokongan diberikan kepada kes-kes berikut, antaranya:
i. Penderaan dan Pengabaian Kanak-kanak
ii. Ibu Tanpa Nikah
iii. Keganasan Rumahtangga
iv. Jenayah Seksual
v. Pesakit Akut dan Kronik
vi. Orang Kurang Upaya (OKU)
vii. HIV Positif/ AIDS
viii. Ketagihan Dadah/ Alkohol
INFO JABATAN
Waktu Operasi
Isnin – Khamis
8.00 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi – 11.30 pagi
2.00 petang – 5.00 petang
Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am
Tutup
Lokasi / Kedudukan
Jabatan Kerja Sosial Perubatan terletak di Aras 4, Bangunan Lama, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) dan berkongsi ruang pejabat dengan Unit Hal Ehwal Islam, Unit Perolehan, Unit Aset dan Unit Pembangunan.

