JABATAN PERUBATAN NUKLEAR

Image

PENGENALAN

Perubatan Nuklear adalah satu bidang perubatan yang diasaskan sejak awal tahun 1930-an lagi. Perubatan Nuklear adalah bidang perubatan yang menggunakan agen radiofarmaseutikal untuk memberikan maklumat mengenai fisiologi sesuatu sistem yang boleh membantu dalam diagnosis dan rawatan kepada pesakit.

Perubatan nuklear ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu diagnostik dan rawatan teraputik. Perubatan Nuklear melibatkan pengendalian bahan radioaktif, radiofarmaseutikal, dan keselamatan sinaran terhadap pekerja, pesakit dan orang awam.

Pada masa kini di Malaysia, terdapat tujuh buah Jabatan Perubatan Nuklear yang bertempat di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Pulau Pinang, Hospital Sultanah Aminah Johor, Hospital Putrajaya, Institut Kanser Negara, Hospital Umum Sarawak dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah.

OBJEKTIF

  1. Mengeluarkan laporan pemeriksaan pelanggan yang lengkap dan terperinci dalam masa 7 hari bekerja.

  2. Mengeluarkan laporan pemeriksaan pelanggan yang segera dengan lengkap dan terperinci dalam masa 2 hari bekerja.

  3. Memastikan semua kakitangan di Jabatan melaksanakan pemeriksaan perubatan dalam tempoh 3 tahun sekali.

  4. Pemantauan keselamatan radiasi dan kawalan infeksi di klinik dan wad dilaksanakan dan direkodkan pada setiap hari bekerja.

SKOP PERKHIDMATAN

1.0 Jabatan Perubatan Nuklear berperanan sebagai pusat perubatan yang menawarkan servis-servis yang melibatkan penggunaan agen radiofarmaseutikal. Agen radiofarmaseutikal ini digunakan untuk tujuan pengimejan dan rawatan yang melibatkan pesakit kanser atau bukan kanser.

Agen ini boleh diberikan kepada pesakit melalui suntikan dalam darah, titisan, boleh dicampur dalam makanan atau minuman, disuntik secara sub/intradermally dan juga diberikan melalui dialysate (agen dialysis untuk pesakit .

1.1 Agen radiofarmaseutikal apabila diberikan kepada pesakit, akan mengalami proses pereputan. Gamma photon yang dipancarkan melalui tubuh pesakit akan digunakan untuk tujuan pengimejan. Mesin SPECT-CT berperanan untuk memberikan informasi mengenai fisiology dan juga anatomy pesakit.

1.2 Secara keseluruhan, Jabatan Perubatan Nuklear merangkumi dua (2) skop perkhidmatan; ‘Inpatient’ dan ‘Outpatient’.

1.2.1 Outpatient

Servis ‘outpatient’ merangkumi ‘general diagnostic scan’ yang mengunakan Tc-99m Pertechnetate, radioactive iodine diagnostic scan, low dose radionuclide therapy dan rawatan susulan klinik untuk hipertirod dan tirod kanser.

1.2.2 Inpatient:

Perkhidmatan ‘inpatient” merangkumi rawatan radioaktif iodin untuk pesakit tiroid kanser, dengan kapasiti sebanyak 5 katil. “Inpatient service” diberi kepada pesakit yang memerlukan rawatan dose tinggi yang memerlukan isolasi sehingga tahap radiasi di badan mencapai tahap yang selamat.

1.3 Servis pengimejan yang ditawarkan, tidak terhad kepada:

i) Bone scintigraphy

ii) Myocardial Perfusion scan

iii) Myocardial Viability Scan

iv) Cardiac amylodosis

v) Thyroid scintigraphy

vi) Parathyroid scintigraphy

vii) Renal Scintigraphy (Tc-99m DMSA, DTPA, MAG-3)

viii) Neuroendocrine tumor (I-131 MIBG)

ix) Gastric Emptying study

x) HIDA (biliary atresia)

xi) Merkel’s scan

xii) Gastrointestinal Bleeding Scintigraphy

xiii) Dacryoscintigraphy

xiv) Lymphoscintigraphy

xv) Scintimun Scintigraphy

xvi) I-131 Whole Body Scan (WBS)

1.4 Servis rawatan theranostic yang ditawarkan, tidak terhad kepada:

i) Radiosynovectomy untuk penyakit yang melibatkan masalah sendi

ii) Radioactive iodine therapy untuk penyakit tiroid kanser dan hypertirod.

 

MISI

Pusat Perubatan Nuklear akan wujud sebagai pusat peneraju kecemerlangan bagi anggota dengan memberikan latihan dan kepakaran yang bersesuaian serta menawarkan perkhidmatan kepakaran theranostik perubatan nuklear yang selamat dan berkualiti kepada pelanggan.