JABATAN RADIOLOGI

Image

PENGENALAN

Jabatan Radiologi Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) telah mula beroperasi pada bulan Ogos tahun 2005. Jabatan ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi perkhidmatan diagnostik dan juga intervensional kepada pesakit pada semua peringkat umur dan disiplin.

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM

Menyediakan perkhidmatan radiologi dan pengimejan yang cekap, tepat dan berkualiti tanpa mengira masa dengan menggunakan modaliti yang terkini di samping memastikan perlindungan radiasi dapat dilakukan dengan sempurna dan terjamin.

OBJEKTIF KHUSUS

1. Peratusan pesakit dengan masa menunggu ≤ 60 minit untuk memulakan pemeriksaan ultrasound adalah ≥ 90%.

2. Peratusan penolakan imej radiografi adalah ≤ 5%.

3. Semua kakitangan jabatan hendaklah menghadiri program pendidikan perubatan secara berterusan yang diiktiraf oleh pihak berkuasa KKM di bawah Akta 304 sekurang-kurangnya 4 jam terkumpul setiap tahun.

MISI

Jabatan Radiologi akan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pesakit, orang awam dan warga hospital berdasarkan kepada 3 elemen utama budaya korporat iaitu:

• Perkhidmatan penyayang

• Kerja berpasukan

• Profesionalisme

SKOP PERKHIDMATAN

Berikut merupakan perkhidmatan yang disediakan di jabatan ini:

Perkhidmatan Radiologi Diagnostik:

1. Radiografi Am

2. Urografi Intravena (IVU)

3. Fluoroskopi

4. Ultrasonografi

5. Imbasan Tomografi Berkomputer (CT Scan)

6. Mamografi

7. Pengimejan Resonans Magnetik (MRI)

8. Bone Mineral Densitometry (BMD)

9. Radiologi Intervensi

Perkhidmatan Radiologi Bergerak:

1. Radiografi Mudah Alih

2. Ultrasonografi

3. Radiografi Dewan Bedah

Perkhidmatan radiologi bergerak disediakan kepada pesakit yang kritikal dan tidak boleh berjalan. Perkhidmatan radiologi kecemasan adalah 24 jam sehari.