JABATAN RADIOTERAPI & ONKOLOGI

PENGENALAN
Jabatan Radioterapi & Onkologi HWKKS mula beroperasi pada tahun 2006 dan perkhidmatan ini telah berkembang untuk menampung perawatan pesakit kanser yang semakin bertambah pada setiap tahun. Jabatan ini mempunyai 7 sub - unit.
- Unit Radioterapi
- Physic in radiotherapy
- Brachtherapy OT & Suite
- Radiotherapy ward A
- Radiotherapy ward B
- Oncology clinic
- Chemotherapy daycare
OBJEKTIF
Memberi rawatan dan layanan yang memuaskan dan saksama tanpa mengira kedudukan, bangsa dan agama sebelum pesakit dibenarkan discaj.
Mengurangkan komplikasi rawatan terhadap pesakit agar pesakit dapat mencapai tahap pemulihan yang optima.
Mengekalkan kualiti pesakit untuk menikmati kehidupan yang lebih bermutu bagi mencapai status kesihatan mengikut kemampuan mereka.
MISI
Meningkatkan kualiti perawatan dan penjagaan pesakit - pesakit kanser ketahap yang optima dengan carakerja yang profesional, penyayang dan kerja berpasukan.
SKOP PERKHIDMATAN
Memberi penjagaan secara holistik kepada semua pesakit kanser yang merangkumi perawatan semi intensif dan palliative 24 jam sehari
Memberi fokus dan proses kerja yang berkualiti dalam memberi rawatan dan penjagaan untuk pesakit Kemoterapi, Radioterapi dan pesakit Brakiterapi.
Memberi khidmat kaunseling, promosi kesihatan kepada pesakit dan waris terdekat mengikut penyakit dan rawatan diberi
WAD
WAD RT 6A (PEREMPUAN)
Wad RT 6A Pusat Perubatan Nuklear dan Radioterapi mula beroperasi sejak 27hb April 2013 dengan kapasiti 22 katil rasmi. Pesakit pada masa tersebut terdiri daripada pesakit lelaki dan perempuan.
Pada 05hb Julai 2014 Wad RT 6A berpindah ke Wad RT 6B dengan kapasiti katil adalah sama.
Wad RT 6A beroperasi sepenuhnya sebagai wad perempuan untuk pesakit kanser pada 01hb Februari 2015 dengan kapasiti 28 buah katil rasmi
Fasiliti ini menerima rujukan bagi seluruh negeri Sabah,Wilayah Persekutuan Labuan dan Hospital Lawas Sarawak. Pesakit yang dimasukkan adalah untuk rawatan Radioterapi,kemoterapi dan brakiterapi. Pesakit berumur lebih 12 tahun dan keatas.
PIAGAM PELANGGAN
Setiap pelanggan akan dilayan dengan cekap, ikhlas dan mesra
Semua perawatan akan dilakukan di bawah penyeliaan pakar dan pasukan yang terlatih.
Semua pelanggan akan diberikan informasi wad semasa kemasukan.
Semua pesakit atau keluarganya diberitahu maklumat berikut semasa discaj :
Temujanji
Ubat-ubatan
Slip bayaran hospital
Ringkasan discaj
Surat rujukan / Maklumbalas jikaperlu
Sijil Cuti Sakit jika perlu

