UNIT KEWANGAN

Image

PENGENALAN

Seksyen Kewangan dan Hasil merupakan salah satu seksyen sokongan di bawah Bahagian Pengurusan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) yang bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan serta kutipan hasil hospital. Seksyen ini terdiri daripada dua unit utama, iaitu Unit Kewangan dan Unit Hasil.

Unit Kewangan bertanggungjawab mengurus dan menyelaras hal ehwal kewangan hospital bagi memastikan pengurusan sumber kewangan dilaksanakan secara cekap, teratur, telus dan berhemah serta mematuhi peraturan kewangan Kerajaan dan ketetapan Kementerian Kesihatan Malaysia yang sedang berkuat kuasa.

Unit Hasil pula bertanggungjawab menguruskan urusan berkaitan hasil dan terimaan hospital, termasuk pendaftaran kemasukan pesakit ke wad, kutipan deposit, pembayaran bil hospital, pengurusan Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai secara elektronik (eGL), terimaan pesakit luar Pakar dan Jabatan Kecemasan serta pelbagai kutipan hasil seperti bayaran laporan perubatan, sewaan premis dan bayaran balik emolumen.

Secara keseluruhannya, Seksyen Kewangan dan Hasil memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan kewangan dan kutipan hasil HWKKS dilaksanakan secara sistematik, berintegriti dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

OBJEKTIF

UNIT KEWANGAN

Memastikan semua urusan kewangan hospital dilaksanakan secara teratur, efisien, telus dan berintegriti bagi menyokong kelancaran operasi dan perkhidmatan kesihatan. Unit ini berperanan memastikan pembayaran gaji, pembayaran tuntutan serta pengurusan belanjawan diurus mengikut peraturan kewangan yang tepat dan tepat pada masanya bagi tujuan pemantauan, kawalan dan pembuatan keputusan pengurusan.

UNIT HASIL

OBJEKTIF AM

Menerima bayaran bil hospital dan terimaan pelbagai daripada pelanggan dalaman dan luaran dengan cekap, betul dan mengikut peraturan berkuatkuasa.

OBJEKTIF KHUSUS

Memastikan peningkatan jumlah kutipan hasil di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah sehingga 70% daripada jumlah bil yang dikeluarkan.

MISI

UNIT KEWANGAN

Unit Kewangan dan Akaun komited untuk

  1. Memastikan semua tugas-tugas pengurusan kewangan mengikut peraturan-peraturan kewangan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

  2. Mengurangkan teguran audit serta kuiri dari Jabatan Akauntan Negara/Jabatan Audit Negara/Audit Dalaman KKM.

  3. Membina satu rangkaian pengurusan kewangan yang teratur, cepat dan berkesan di mana penumpuan dari segi sumber manusia perlu diberi perhatian.

UNIT HASIL

Unit Hasil berusaha dalam mengutip hasil daripada perkhidmatan hospital seperti kutipan bayaran pesakit dalam, pesakit luar, bayaran laporan perubatan dan pelbagai bayaran yang dibenarkan dikutip di peringkat hospital ke arah pengurangan tunggakan bil-bil hospital.