UNIT FISIOTERAPI

Jabatan Anestesiologi

Image

PENGENALAN

Perkhidmatan Fisioterapi di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak bermula pada fasa pertama pembukaan Hospital Likas pada pada 7 mac 2005 dan perkhidmatan Fisioterapi hanya diberikan kepada pesakit dalam sahaja. Pada ketika itu, Unit Fisioterapi hanyalah unit sementara yang menumpang di unit kualit tingkat 4. Unit Fisioterapi hanya di kendalikan oleh seorang Ahli Fisioterapi U29.

Penubuhan unit Fisioterapi bermula apabila pembangunan fasa ke dua Hospital Wanita dan Kanak-Kanak pada November 2006 dengan penubuhan Jabatan Rehabilitasi. Unit Fisioterapi terletak di tingkat bawah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak. Perkhidmatan yang disediakan pada ketika itu, hanyalah untuk kes-kes kesihatan wanita dan kanak-kanak sahaja. Bermula tahun 2009 unit Fisioterpai mengembangkan skop perkhidmatan dengan memberikan perkhidmatan Fisioterapi kepada semua kes yang dirujuk ke unit ini.

OBJEKTIF

1.Menyediakan fasiliti, peralatan, tenaga kerja dan sistem bekerja yang sesuai dan mencukupi bagi perkhidmatan perawatan pemulihan wanita, kanak-kanak dan pesakit perubatan nuklear & radioterapi.

2.Memberi Perkhidmatan Fisioterapi (wanita, kanak-kanak dan pesakit perubatan nuklear & radioterapi) yang komprehensif, dan cekap dengan melahirkan anggota Fisioterapi yang professional, berpengetahuan terkini, berkemahiran tinggi berasaskan bukti evidence-based practice (EBP) dan mempunyai pengkhususan dalam pelbagai bidang.

3.Memberi perkhidmatan (wanita, kanak-kanak dan pesakit perubatan nuklear & radioterapi) yang berkesan berasaskan evidence-based practice.

MISI

1.Komited menyediakan perkhidmatan fisioterapi yang berkualiti, cekap, berkesan dan cost-effective serta prihatin kepada semua pelanggan berteraskan budaya korporat.

2.Melahirkan tenaga kerja professional melalui pendidikan berterusan bagi menggalakkan amalan berasaskan bukti (evidence-based practice) dan berdasarkan piawaian kebangsaan / antarabangsa.

3.Menggalakkan penglibatan masyarakat di dalam penjagaan kesihatan individu dan komuniti.

4.Menwujudkan suasana dan mekanisma untuk mengukuhkan kolaborasi pelbagai sektor, agensi kerajaan, dan bukan kerajaan untuk mencapai visi kementerian kesihatan malaysia.

5.Menggalakkan latihan berterusan dan seterusnya menjadi pusat rujukan bagi perkhidmatan fisioterapi (wanita / kanak-kanak/ onkologi) di peringkat negeri.

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Perkhidmatan Fisioterapi yang ditawarkan :

    • a. Perkhidmatan Teras:

    • i. Fisioterapi Muskuloskeletal

    • ii. Fisioterapi Respiratori

    • iii. Fisioterapi Neurologi (Dewasa)

    • iv. Fisioterapi Neurologi (Pediatrik)

    • v. Fisioterapi Geriatrik

    • vi. Fisioterapi Kecederaan Sukan

    • vii. Fisioterapi Inkontinen Urinari

    Perkhidmatan Pengkhususan:

    • i. Fisioterapi Lymphedema

    • ii. Fisioterapi Vestibular

    • iii. Fisioterapi Hand & Microsurgery

    • iv. Fisioterapi Haemofilia

    • v. Fisioterapi Paliatif

    • vi. Fisioterapi Fototerapi

    • vii. Fisioterapi Burn & Reconstructive Surgery

    Perkhidmatan Multidisciplinary

    • i. Program Pemulihan Jantung

    • ii. Program Pemulihan Amputee

    • ili. Program Pemulihan Kecederaan Saraf Tunjang (Spinal Cord

    • Injury - SCl)

    • iv. Program Pemulihan Strok

    • v. Pemulihan Kecederaan Otak (Traumatic Brain Injury-TBI)

    • vi. Chronic Pain Management

    • vii. Program Bebas Kesakitan

    • viii. Program Rehabilitasi Pulmonari