UNIT HAL EHWAL ISLAM

Image

PENGENALAN

Unit Hal Ehwal Islam merupakan salah satu unit yang berada di bawah Jabatan Pengurusan Hospital Wanita dan Kanak Kanak Sabah. Penubuhannya sebagai satu mekanisme ke arah menjaga kemaslahatan seluruh warga Hospital Wanita dan Kanak Kanak Sabah dan para pesakit & waris yang beragama Islam dari sudut fizikal dan spiritual selaras dengan tuntutan syriat Islam.

OBJEKTIF

Menyebarluaskan ajaran Islam serta membimbing kakitangan, pesakit dan keluarga dalam menghayati nilai akhlak, amanah, etika dan kefahaman Islam dalam kehidupan serta pengurusan kerja

MISI

Menjadi sebuah unit yang unggul, merancang, mengurus dan menyebarkan Islam kearah melahirkan ummah yang berjaya dan berakhlak mulia.

SKOP PERKHIDMATAN

Menyelaras dan melaksanakan pengurusan Hal Ehwal Islam melalui pelaksanaan konsep Hospital Mesra Ibadah, program penerapan nilai Islam, khidmat nasihat dan pengurusan fardhu kifayah serta penyediaan kemudahan dan bahan berkaitan keperluan ibadah di hospital

CARTA ORGANISASI

Pediatrik

Image