UNIT LATIHAN & PRESTASI

PENGENALAN
Unit Latihan telah ditubuhkan pada tahun 2005 dan bertujuan untuk mengenalpasti, merancang, menyediakan program latihan tahunan (takwim) bagi semua kakitangan HWKKS dan kini, digabungkan dengan pengurusan Prestasi dalam peranan MyPerformance (HRMIS) bagi pemantauan Prestasi semua kakitangan HWKKS. Selaras dengan Visi Hospital, Unit Latihan & Prestasi berusaha dalam memberi perkhidmatan pembangunan kompetensi sebagai gagasan meningkatkan kualiti kerjaya dalam kalangan kakitangan HWKKS.
OBJEKTIF
Memastikan semua anggota HWKKS mempunyai tenaga manusia terlatih dan kompeten bagi menyokong sistem penyampaian kesihatan negara serta berprestasi dalam setiap aspek perkhidmatan yang diberikan.
MISI
Unit Latihan dan Prestasi komited untuk menjadi pusat kecemerlangan perkhidmatan melalui:
1. Memastikan usaha penambahbaikan berterusan dilaksanakan di dalam perancangan program latihan supaya dapat melahirkan tenaga manusia yang berpengetahuan, cekap dan terlatih dalam melaksanakan tugas harian;
2. Memupuk nilai-nilai murni dan sikap positif di kalangan anggota HWKKS;
3. Meningkatkan kerjasama antara agensi Kerajaan dan Swasta untuk memastikan keperluan sumber manusia HWKKS mencukupi dan tercapai

