UNIT PEMBEDAHAN PLASTIK DAN REKONSTRUKTIF

Jabatan Pembedahan Pergigian Pediatrik

Image

PENGENALAN

Unit Pembedahan Pediatrik Plastik dan Rekonstruktif ini beroperasi sejak November 2008. Staf perintis terdiri daripasa seorang Ketua Jururawat dan 14 Jururawat. Manakala Pakar dan Pegawai Perubatan daripada Hospital Queen Elizabeth. Unit Pembedahan Pediatrik Plastik dan Rekonstruktif memberikan perkhidmatan kepada penduduk di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.Ia juga menjadi pusat rujukan kepada hospital-hospital daerah seluruh Negeri Sabah dan termasuk Hospital Wilayah Persekutuan Labuan dan Hospital Lawas, Sarawak.

MISI

Sejajar dengan misi Kementerian Kesihatan Malaysia, Unit Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif berusaha untuk :

  1. Menyediakan perawatan Pembedahan Pediatrik Plastik Dan Rekonstruktif yang berkualiti dengan kemudahan yang disediakan serta interaksi dengan kepakaran yang berkaitan. 

  2. Menjadikan Unit Pembedahan Pediatrik Plastik Dan Rekonstruktif sebagai sebuah pusat kecemerlangan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah. 

  3. Melatih dan memupuk sikap professionalisma, inovasi, kreatif dan kerja berpasukan dalam kalangan kakitangan.

  4. Penglibatan aktif individu, keluarga dan Masyarakat dalam penjagaan kesihatan.

  5. Menggunakan teknologi maklumat terkini dalam meningkatkan mutu perkhidmatan yang mesra pelanggan.

OBJEKTIF

  1. Menyediakan perkhidmatan kepakaran yang memberi keutamaan rawatan kepada pesakit-pesakit yang mengalami keadaan ‘congenital’ atau kecacatan akibat trauma dan tumor. 

  2. Memastikan semua anggota mempunyai pengetahuan serta kemahiran dalam perkhidmatan yang disediakan. 

  3. Memastikan semua anggota bersikap professional dalam menyampaikan perkhidmatan yang mesra pelanggan serta memupuk semangat bekerja berpasukan. 

  4. Memastikan perkhidmatan yang disampaikan adalah cepat, cekap dan selamat. 

  5. Menggalakkan kaji selidik serta audit untuk membantu meningkatkan mutu perkhidmatan.

SKOP PERKHIDMATAN

Skop perkhidmatan Unit Pembedahan Pediatrik Plastik dan Rekonstruktif adalah:

1. Pembedahan Pediatrik Plastik dan Rekonstruktif :

- ELEKTIF (Major OT)

- MINOR

- KECEMASAN (EMOT)

2. Lawatan PAKAR (Specialist Visiting) ke Hospital-Hospital Daerah dalam negeri Sabah iaitu Hospital Dutchess of Kent Sandakan (HDOK), Hospital Tawau dan Hospital Keningau dan Hospital Labuan.