UNIT PENGURUSAN KEJURURAWATAN

PENGENALAN
Unit Pengurusan Kejururawatan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) bertanggungjawab dalam merancang, menyelaras, memantau dan menilai perkhidmatan kejururawatan bagi memastikan penyampaian perawatan yang berkualiti, selamat, berkesan dan berorientasikan keperluan pesakit.
Unit ini memainkan peranan penting dalam memastikan standard dan kualiti perawatan kejururawatan sentiasa terpelihara melalui pemantauan serta penilaian perkhidmatan secara berterusan. Penambahbaikan amalan kejururawatan turut dirancang dan dilaksanakan dari semasa ke semasa selaras dengan perkembangan serta keperluan perkhidmatan kesihatan.
Selain itu, Unit Pengurusan Kejururawatan turut memberi penekanan kepada pembangunan profesional anggota kejururawatan melalui pendidikan dan latihan berterusan, di samping menggalakkan pelaksanaan penyelidikan yang bersesuaian bagi menyokong peningkatan mutu dan keberkesanan perkhidmatan kejururawatan di HWKKS.
OBJEKTIF
Memberi perkhidmatan kejururawatan yang cemerlang melalui perkhidmatan berkualiti,inovatif,mempunyai daya pengetahuan yang tinggi dan berdaya saing,mengamalkan kaedah teknologi yang terkini,mengamalkan budaya penyayang ,kerja berpasukan dan profesionalisma
MISI
Menyediakan sistem perawatan kesihatan dan kejururawatan yang cemerlang dan efektif kepada pelanggan dalam dan luar dengan:
1.Pemantauan dan penilaian perawaatan kejururawatan bagi memastikan kualiti perkhidmatan terjamin
2.Merancang dan melaksana penambahbaikan amalan perawatan kejururawatan dari masa ke semasa
3.Memperkasakan pengetahuan anggota jururawat melalui pendidikan dan latihan
4.Merancang dan menjalankan program penyelidikan bersesuian dengan keperluan perkhidmatan
SKOP PERKHIDMATAN
Unit Pengurusan Kejururawatan bertanggungjawab memastikan perkhidmatan kejururawatan dilaksanakan dengan mengekalkan prinsip-prinsip kejururawatan mengikut protokol atau garis panduan yang telah di tetapkan serta mengamalkan etika kerja yang baik,berintegrasi serta mengahayati nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi. Perkhidmatan kejururawatan juga perlu sentiasa dijamin selamat untuk pesakit di semua peringkat perkhidmatan atau organisasi.
Skop tugas unit kejururawatan di bahagikan kepada 4 bidang:
1. TADBIR URUS & POLISI
-Merancang,menggubal dan mengkaji polisi perkembangan perkhidmatan kejururawatan HWKKS.
- Mengumpul dan menganalisa statistik kejururawatan HWKKS.
-Mengurus isu berkaitan anggota bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan kepuasan pelanggan
2. KUALITI DAN KESELAMATAN
-Menyelia perawatan supaya mamatuhi SOP dan code of Professional conduct for Nurses.
-Melaksanakan aktiviti patient safety dan program kualiti kejururawatan.
-Merancang dan mengkoordinasi aktiviti penambahbaikan kualiti kejururawatan.
3.PENGURUSAN ANGGOTA
-Mengurus permohonan dan memantau penerimaan sijil pengamalan tahunan(APC)
-Melaksanakan penempatan anggota mengikut keperluan perkhidmatan dan kepakaran
-Menyelaras penempatan pelatih,latihan sangkutan dan penempatan klinikal di fasiliti KKM
4.LATIHAN DAN PEMBANGUNAN
-Mengenal pasti keperluan,menggalakan dan menyokong permohonan kursus Pos Basik.
-Mengenal pasti keperluan latihan dan melaksanakan latihan berterusan (CPD/LDP)

