UNIT PENGURUSAN RISIKO DAN SURVEILANS KLINIKAL

PENGENALAN
Unit Pengurusan Risiko & Surveilans Klinikal (URISK) merupakan unit yang berperanan dalam menyelaras dan memantau pelaksanaan aktiviti pengurusan risiko, keselamatan pesakit, surveilans klinikal, peningkatan kualiti perkhidmatan, akreditasi dan pensijilan hospital serta Credentialing & Privileging (C&P) di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS).
URISK komited dalam menyokong penyampaian perkhidmatan kesihatan yang selamat, berkualiti dan berterusan melalui pemantauan prestasi, pengurusan risiko serta pelaksanaan inisiatif penambahbaikan secara berterusan.
OBJEKTIF
Objektif Am
Menjamin kualiti dan keselamatan perkhidmatan penjagaan kesihatan di HWKKS melalui aktiviti pemantauan prestasi, pengurusan risiko, surveilans klinikal, pelaksanaan program peningkatan kualiti dan penambahbaikan berterusan.
Objektif Khusus
i) Memastikan 100% petunjuk prestasi utama yang tidak mencapai sasaran dikemukakan laporan Shortfall in Quality (SIQ) berserta tindakan penambahbaikan dalam tempoh yang ditetapkan.
ii) Memastikan sekurang-kurangnya 70% cadangan penambahbaikan daripada Root Cause Analysis (RCA²) bagi insiden keselamatan pesakit yang menyebabkan kesan teruk atau kematian dilaksanakan dalam tahun semasa.
iii) Memastikan sekurang-kurangnya 40% jabatan/unit di HWKKS melaksanakan audit klinikal setiap tahun.
iv) Memastikan Akreditasi MSQH HWKKS dikekalkan dan diperbaharui mengikut tempoh serta keperluan yang ditetapkan.
v)Memastikan 100% permohonan Privileging yang lengkap diproses untuk pembentangan kepada Jawatankuasa Credentialing & Privileging (C&P).
MISI
Unit kualiti komited untuk menjadi pusat kecemerlangan perkhidmatan pengurusan kualiti melalui:
i. Menyelaras dan mengemaskini dokumen kawalan kualiti bagi memastikan warga kerja HWKKS mendapat rujukan yang tepat dan dikemaskini.
ii. Melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menjamin keselamatan pesakit sentiasa terpelihara.
iii. Menjalankan strategi pemantauan petunjuk prestasi utama dan penambahbaikan perkhidmatan secara berterusan agar pelanggan mendapat perawatan yang selamat dan berkualiti.
iv. Berusaha ke arah mendapatkan pensijilan yang diiktiraf di peringkat kebangsaan sebagai usaha untuk mengekalkan kualiti perkhidmatan yang cemerlang.
SKOP PERKHIDMATAN
Skop Perkhidmatan
Unit Pengurusan Risiko & Surveilans Klinikal (URISK) bertanggungjawab menyelaras, memantau dan menyokong pelaksanaan aktiviti pengurusan risiko, keselamatan pesakit, surveilans klinikal dan peningkatan kualiti di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS). Skop perkhidmatan URISK merangkumi:
1. Pengurusan Risiko & Keselamatan Pesakit
Menyelaras dan memantau pelaporan serta pengurusan insiden keselamatan pesakit.
Menyelaras siasatan insiden termasuk Root Cause Analysis (RCA²) serta memantau pelaksanaan tindakan penambahbaikan.
Menyelaras dan memantau pelaksanaan Malaysian Patient Safety Goals (MPSG).
Memantau risiko berkaitan keselamatan pesakit serta menyokong pelaksanaan langkah pencegahan dan penambahbaikan.
2. Surveilans Klinikal & Pemantauan Prestasi
Menyelaras, memantau dan menganalisis pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan indikator kualiti klinikal hospital.
Memantau pelaporan Shortfall in Quality (SIQ) serta tindakan penambahbaikan bagi indikator yang tidak mencapai sasaran.
Menyelaras pelaporan pencapaian indikator kepada pihak berkaitan mengikut ketetapan semasa.
3. Akreditasi Hospital
Menyelaras pelaksanaan dan pematuhan kepada Standard Akreditasi Malaysian Society for Quality in Health (MSQH).
Memantau tahap pematuhan jabatan dan unit terhadap keperluan standard akreditasi.
Menyelaras aktiviti persediaan akreditasi termasuk latihan, audit dan tindakan penambahbaikan.
4. Pensijilan Hospital
Menyelaras dan memantau pelaksanaan program pensijilan hospital.
Memantau status pensijilan dan pematuhan terhadap standard serta keperluan pensijilan yang berkaitan.
Bekerjasama dengan jabatan dan unit berkaitan dalam usaha mengekalkan serta memperbaharui pensijilan hospital.
5. Privileging
Menyelaras proses Privileging bagi kategori anggota kesihatan yang berkaitan di HWKKS.
Menyelaras dan menyemak permohonan Privileging sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Credentialing & Privileging (C&P).
Bertindak sebagai urus setia Jawatankuasa Credentialing & Privileging (C&P) hospital.
6. Audit Klinikal & Program Peningkatan Kualiti
Menyelaras dan memantau pelaksanaan audit klinikal di peringkat hospital.
Memantau pelaksanaan program dan inisiatif peningkatan kualiti.
Memberi khidmat sokongan dan menjadi sumber rujukan kepada jabatan/unit dalam pelaksanaan aktiviti penambahbaikan kualiti secara berterusan.
7. Pengurusan Dokumen Kawalan Kualiti
Bertindak sebagai pemantau dan penyelaras pengurusan dokumen kawalan kualiti di peringkat hospital.
Memantau penyediaan, semakan dan pengemaskinian dokumen kawalan kualiti oleh jabatan/unit.
Menyelaras dan mengemaskini Indeks Induk (Masterlist) Dokumen Kawalan Kualiti HWKKS.
Memastikan pengurusan dokumen kawalan kualiti dilaksanakan secara sistematik dan dokumen yang digunakan adalah terkini serta terkawal.

