UNIT PENTADBIRAN
OBJEKTIF

PENGENALAN
Unit Pentadbiran berperanan dalam memberi perkhidmatan sokongan dari segi pengurusan penyelenggaraan kenderaan, pengurusan rekod fail, stor, urusan surat menyurat, kuarters dan juga menyelaras aplikasi ehadir dan mesin fotostat.
Dari segi pengurusan penyelenggaraan kenderaan rasmi jawatan, Unit Pentadbiran berperanan sebagai unit yang menguruskan permohonan dan penerimaan kenderaan baharu serta urusan penyelenggaraan kenderaan tersebut.
Pengurusan rekod fail yang melibatkan pembukaan, penutupan serta pelupusan fail-fail am pentadbiran, pengurusan, dan fail-fail kakitangan adalah di bawah tanggungjawab Unit Pentadbiran. Proses ini akan dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas permohonan dikemukakan dan kelulusan diterima.
Pengurusan stor hospital adalah di bawah seliaan Unit Pentadbiran. Semua permohonan stok dikemukakan melalui Sistem Pengurusan Stor (SPS) secara dalam talian. Unit ini bertanggungjawab menerima, meluluskan dan mencetak borang permohonan tersebut untuk ditandatangani oleh pegawai yang menerima bekalan stok berkenaan.
Urusan surat-menyurat jabatan seperti penghantaran dan penerimaan surat adalah di bawah seliaan Unit Pentadbiran. Bagi mengelakkan sebarang kehilangan, semua dokumen yang dihantar dan diterima akan direkod terlebih dahulu sebelum diagihkan kepada pegawai yang berkenaan.
Permohonan kemasukan, penyelenggaraan dan pengosongan kuarters hendaklah dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan. Mesyuarat Kuarters akan diadakan sebanyak empat (4) kali setahun bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan pengurusan dan hal ehwal kuarters.
Merekod dan menyelenggara kehadiran warga kerja hospital bagi tujuan pemantauan waktu bekerja secara sistematik dan pembayaran emolumen serta tatatertib sekiranya diperlukan. Selaras dengan perkembangan teknologi, hospital menggunakan sistem kehadiran yang merekod waktu masuk dan keluar melalui pengesanan imbasan muka yang menjamin ketelusan dan integriti.
Mesin pendua merupakan aset penting dalam melaksanakan kerja seharian. Unit Pentadbiran merupakan unit yang berperanan penting dalam menyelaras mesin pendua dari segi pembukaan kontrak, penerimaan, pengagihan mesin, pertambahan baki kuota dan penamatan kontrak.
OBJEKTIF
OBJEKTIF AM
- Memastikan pengurusan perkhidmatan surat-menyurat dapat dikendalikan dengan cekap dan rapi.
- Memastikan sistem pemfailan teratur dan sistematik.
- Memastikan pengurusan stok stor alat tulis sistematik dan berhemah.
- Memastikan rekod rumah kerajaan diurus dengan cekap dan kemas.
- Menguruskan rekod kehadiran setiap warga kerja
- Memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada semua pelanggan untuk mencapai tahap perkhidmatan yang optimum.
OBJEKTIF KHUSUS
- Menguruskan surat-menyurat rasmi (dalaman dan luaran) dengan cekap, tepat dan mengikut tempoh masa
- Menyelenggara fail, rekod dan dokumen rasmi secara sistematik untuk tujuan memudahkan rujukan.
- Mengurus mesyuarat, minit mesyuarat dan arahan pentadbiran dengan teratur serta memastikan tindakan susulan dilaksanakan.
- Mengurus kemudahan pejabat termasuk kelengkapan pejabat, kenderaan rasmi jawatan dan stor.
- Menyokong aktiviti peningkatan kualiti dan inovasi hospital melalui penambahbaikan berterusan dalam pengurusan pentadbiran.
MISI
Sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dengan menetapkan sasaran dan mengoptimumkan kos dan perkhidmatan di setiap bidang serta etika korporat kerja.

