UNIT PENYELIDIKAN KLINIKAL (CRC)
SEKSYEN KEWANGAN & HASIL

PENGENALAN
Pusat Penyelidikan Klinikal atau Clinical Research Centre (CRC), Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) telah ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Rangkaian Pusat Penyelidikan Klinikal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 17 Februari 2011. Unit ini diketuai oleh Dr Flora Chong Li Tze dan timbalan adalah Dr Lim Song Hai.
Unit ini mempunyai dua (2) pegawai perubatan, dua (2) pegawai penyelidik, satu (1) pegawai tadbir dan 3 kakitangan Clinical Research Malaysia (CRM).
Unit ini berfungsi untuk mempromosi, menyokong dan menjalankan penyelidikan klinikal yang berkualiti dan beretika untuk meningkatkan kesihatan pesakit di HWKKS. Selain menjalankan penyelidikan klinikal dan menyediakan perkhidmatan penyelidikan khususnya dari segi pentadbiran, CRC HWKKS juga menjalankan kursus dan latihan termasuk kaedah penyelidikan, biostatistik perubatan dan bengkel Good Clinical Practice (GCP).
OBJEKTIF
OBJEKTIF
Menyokong dan memudah cara aktiviti-aktiviti penyelidikan di Hospital Wanita dan Karnak-Kanak Sabah dengan menyediakan perkhidmatan pendaftaran penyelidikan dalam NMRR, permohonan Geran untuk penyelidikan (MRG), mengambil bahagian dalam ujian klinikal dan IIR serta mempromosi penyelidikan dengan menganjurkan kursus-kursus dan menjalankan RCC.
OBJEKTIF KHUSUS
1. 80% Pendaftaran penyelidikan dalam NMRR berjaya mendapatkan NMRR ID.
2. Terlibat dalam sekurang-kurangnya 1 ujian klinikal ISR dan 1 penyelidikan IIR setiap tahun.
3. Menganjurkan sekurang-kurangnya 2 kursus berkaitan penyelidikan setiap tahun.
4. Menerima sekurang-kurangnya 80 jumlah perkhidmatan RCC daripada sasaran RCC dalam setiap tahun.
MISI
Unit CRC komited untuk meningkatkan kesihatan pesakit melalui penyelidikan klinikal yang beretika dan berkualiti.
INFO UNIT
Alamat: Pusat Penyelidikan Klinical (CRC),
Aras 7, Pusat Perubatan Nuklear dan Radioterapi,
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah,
88996 Kota Kinabalu, Sabah
Phone: 6088-522600 ext.2272
Emel: crclikas@gmail.com
National Institutes of Health (NIH) Official Portal: https://nih.gov.my/
Institute for Clinical Research (ICR) Official Portal: https://icr.nih.gov.my/
National Medical Research Register (NMRR) Official Portal: https://nmrr.gov.my
SKOP PERKHIDMATAN
1. Menyokong dan membantu aktiviti-aktiviti penyelidikan di hospital dengan menyediakan:
a. Pangkalan data bagi para pakar perubatan yang berminat dengan penyelidikan – menurut bidang yang diminati,rekod-rekod mengenai Penyelidikan Tajaan Industri atau Industry Sponsored Research (ISR), Penyelidikan Inisiatif Penyelidik atau Investigator Initiated Research (IIR) dan hasil-hasil penerbitan;
b. Sokongan teknikal seperti analisis statistik;
c. Sokongan pentadbiran seperti menyediakan pembantu penyelidik dan penyelaras penyelidikan;
d. Sokongan fasiliti seperti IT, pengisian statistik dan sebagainya; dan terminal bekerja berkomputer;
2. Membantu dalam pendaftaran protokol penyelidikan di NMRR (National Medical
Research Register) dan memohon geran untuk penyelidikan
3. Membantu dan mengambil bahagian dalam penyelidikan-penyelidikan klinikal dan segala penyelidikan yang dimulakan atau yang dikoordinasi oleh Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), Institut Kesihatan Negara (NIH).
4. Mempromosi penyelidikan dengan membina kapasiti-kapasiti tersebut:
i. Mengadakan kursus-kursus seperti Good Clinical Practice (GCP), bengkel asas kaedah penyelidikan dan biostatistik, penulisan saintifik, pengenalan kepada penyelidikan klinikal dan sebagainya.
ii. Menjalankan klinik penyelidikan- mengadakan konsultansi mengenai metodologi penyelidikan,rekabentuk penyelidikan, protokol dan analisa statistik;

