UNIT PERKHIDMATAN

PENGENALAN
Unit Perkhidmatan merupakan salah satu unit di bawah Bahagian Sumber Manusia, Pengurusan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS). Unit ini berperanan dalam membantu melancarkan urusan berkaitan perkhidmatan serta penyediaan kemudahan kepada seluruh warga HWKKS. Selain itu, unit ini turut memastikan segala urusan perkhidmatan dilaksanakan secara teratur, cekap dan sistematik bagi menyokong kelancaran operasi hospital.
OBJEKTIF
1. OBJEKTIF AM
1.1 Menyediakan struktur perkhidmatan Personel yang mantap secara adil dan saksama dengan menggunakan prasarana dan teknologi sedia ada disamping sentiasa berusaha meningkatkan kualiti sumber manusia bagi mengoptimumkan tahap perkhidmatan berkuatiti dan cemerlang.
1.2 Merancang dan membangunkan sumber manusia yang berintegriti serta memenuhi keperluan kompetensi organisasi;
1.3 Mewujudkan hubungan harmonis diantara pihak pengurusan dan pekerja kearah pencapaian matlamat organisasi;
1.4 Merancang, mengurus dan melaksana urusan kemajuan kerjaya bagi anggota HWKKS; dan
1.5 Mengurus hal-hal perkhidmatan dan kemudahan bagi warga HWKKS khasnya berdasarkan peraturan yang berkuat kuasa
2. OBJEKTIF KHUSUS
2.1 Memastikan semua urusan berkaitan perkhidmatan pegawai seperti pengesahan jawatan, pergerakan gaji tahunan, kemasukan ke jawatan berpencen dan urusan persaraan diproses dengan cekap serta mengikut peraturan yang berkuat kuasa.
2.2 Memastikan Buku Kenyataan Perkhidmatan (BKP) dan fail peribadi pegawai sentiasa dikemas kini dengan tepat, lengkap dan teratur
2.3 Memastikan semua maklumat perkhidmatan pegawai (profil perkhidmatan) dikemas kini dalam Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) dari semasa ke semasa.
2.4 Memberikan khidmat nasihat dan bantuan kepada warga Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah berkaitan urusan perkhidmatan pegawai
SKOP PERKHIDMATAN
1. SKOP PERKHIDMATAN
Unit Perkhidmatan merupakan salah satu unit di bawah Bahagian Sumber Manusia, Pengurusan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS). Unit ini berperanan dalam membantu melancarkan urusan berkaitan perkhidmatan serta penyediaan kemudahan kepada seluruh warga HWKKS. Selain itu, unit ini turut memastikan segala urusan perkhidmatan dilaksanakan secara teratur, cekap dan sistematik bagi menyokong kelancaran operasi hospital. Unit Perkhidmatan ini diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir.
1.1 Di peringkat organisasi, Unit Perkhidmatan bertanggungjawab menguruskan pelbagai urusan berkaitan perkhidmatan pegawai. Antaranya termasuk urusan pengesahan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan serta perlanjutan tempoh percubaan. Selain itu, unit ini turut mengendalikan urusan kemasukan ke dalam jawatan berpencen, urusan persaraan, memproses pergerakan gaji tahunan serta mengemas kini Buku Kenyataan Perkhidmatan (BKP) pegawai.
1.2 Unit Perkhidmatan juga bertanggungjawab mengurus dan menyimpan fail peribadi serta Buku Kenyataan Perkhidmatan warga HWKKS. Pengurusan rekod ini berkait rapat dengan pengemaskinian data peribadi pegawai dalam Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) bagi memastikan maklumat yang direkodkan adalah tepat dan terkini.
1.3 Dokumen ini merupakan Pelan Pengurusan Unit Perkhidmatan yang pertama dibangunkan bagi menjelaskan skop perkhidmatan, objektif, struktur organisasi, tanggungjawab serta program-program yang dilaksanakan di HWKKS. Bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan, Unit Perkhidmatan hendaklah melaksanakan perkara-perkara berikut:
i. Memastikan Buku Kenyataan Perkhidmatan (BKP) pegawai dikemas kini dari semasa ke semasa serta memastikan semua pegawai mengemukakan dokumen yang diperlukan bagi urusan kenaikan pangkat, pencen, perletakan jawatan dan pengesahan jawatan.
ii. Menyemak dan memproses dokumen berkaitan urusan perkhidmatan seperti pemangkuan dan penanggungan kerja, pinjaman kenderaan, pinjaman komputer, pinjaman perumahan, pewartaan pakar, pembayaran ganjaran kontrak serta permohonan pelbagai jenis cuti pegawai seperti cuti rehat, cuti tanpa gaji, cuti separuh gaji, cuti belajar, cuti sakit dan cuti bersalin.
iii. Memberi peluang kepada warga HWKKS untuk menyemak Buku Kenyataan Perkhidmatan masing-masing melalui aktiviti “Hari Bertemu Pelanggan” yang dianjurkan oleh Unit Sumber Manusia HWKKS.

