UNIT PERPUSTAKAAN

PENGENALAN
Unit Perpustakaan HWKKS telah ditubuhkan seiring dengan penubuhan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) pada tahun 2005. Pada awal penubuhannya, perpustakaan terletak di Aras 4 bangunan asal hospital dan diletakkan di bawah seliaan Penolong Pegawai Tadbir serta diketuai oleh seorang Pembantu Perpustakaan.
Pada tahun 2015, Unit Perpustakaan telah berpindah ke Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Negeri (PPRN) di tingkat 7. Perpustakaan berfungsi sebagai pusat pembelajaran, pengumpulan dan penyebaran maklumat untuk warga HWKKS.
Pada masa kini, Unit Perpustakaan mempunyai:
1 orang Pembantu Pustakawan
2,503 bahan koleksi
359 orang ahli
5 buah komputer
Akses kepada Virtual Library Discovery Services, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
OBJEKTIF
Membantu Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah dalam menyediakan sumber ilmu pengetahuan Perubatan & Pengurusan kepada semua kakitangan.
Meningkatkan kepakaran dan kemahiran dalam melaksanakan tanggungjawab dalam bidang profession masing-masing
Mahir dalam pencarian maklumat yang bersistematik serta menyokong pendidikan secara berterusan (sepanjang hayat).
MISI
Perpustakaan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah akan menjadi sebuah pusat rujukan dan penyimpanan maklumat yang berkaitan di dalam bidang perubatan serta meningkatkan lagi kepakaran perubatan sejajar dengan matlamat Kementerian Kesihatan Malaysia untuk merealisasikan wawasan negara.
SKOP PERKHIDMATAN
Pendaftaran keahlian.
Peminjaman bahan-bahan perpustakaan.
Rujukan dan perujukan (Pencarian maklumat atau artikel luaran dengan menggunakan “Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP)”.

