UNIT PSIKOLOGI KLINIKAL

Image

PENGENALAN

Perkhidmatan Psikologi Klinikal merupakan salah satu perkhidmatan kepakaran dalam bidang kesihatan mental yang menyediakan perkhidmatan penilaian diagnostik psikologi klinikal dan intervensi psikologi (psikoterapi) kepada pesakit yang memerlukan.

Di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), perkhidmatan ini mula diperkenalkan pada Mac 2023 dengan penempatan seorang Pegawai Psikologi (Klinikal) serta penubuhan Unit Psikologi Klinikal. Perkhidmatan ini kemudiannya terhenti berikutan peletakan jawatan pegawai tersebut pada Jun 2024 sebelum disambung semula pada April 2026 dengan penempatan pegawai pengganti.

Unit Psikologi Klinikal HWKKS menyediakan dua perkhidmatan utama, iaitu penilaian diagnostik psikologi klinikal dan intervensi psikologi (psikoterapi).

OBJEKTIF

Menyediakan perkhidmatan psikologi klinikal kepada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas melalui penilaian, diagnosis dan rawatan psikologikal yang sistematik, cekap, bertanggungjawab dan beretika.

VISI

Menjadikan perkhidmatan psikologi klinikal sebagai perkhidmatan teras dalam pengurusan pesakit dari aspek psikologikal melalui penilaian dan intervensi yang efisien.

MISI

  1. Menjadi pakar rujuk dalam perkhidmatan psikologi klinikal di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS).

  2. Merancang dan membangunkan keperluan perkhidmatan psikologi klinikal di HWKKS.

  3. Melaksanakan perkhidmatan penilaian diagnostik psikologi klinikal dan intervensi psikologi (psikoterapi) secara profesional, beretika dan berasaskan bukti.

  4. Menyokong pembangunan serta hala tuju perkhidmatan psikologi klinikal di HWKKS.

SKOP PERKHIDMATAN

1. Perkhidmatan Penilaian Diagnostik Psikologi Klinikal

Perkhidmatan ini dijalankan bagi membantu proses penetapan diagnosis, perancangan intervensi dan cadangan pelan rawatan melalui penggunaan alat penilaian psikologi yang standard dan bersesuaian dengan tujuan rujukan. Penilaian dijalankan secara individu berdasarkan tujuan rujukan, keperluan klinikal pesakit, serta kepakaran dan pertimbangan profesional Pegawai Psikologi (Klinikal).

Antara penilaian yang ditawarkan termasuklah:

• Penilaian fungsi intelektual (IQ)

• Penilaian fungsi adaptif

• Penilaian perkembangan kanak-kanak

• Penilaian neuropsikologi (mengikut keperluan)

• Penilaian fungsi emosi dan tingkah laku

• Penilaian medikolegal (mengikut keperluan)

• Penilaian lain yang bersesuaian mengikut indikasi klinikal

2. Perkhidmatan Intervensi Psikologi (Psikoterapi)

Perkhidmatan intervensi psikologi (psikoterapi) dan konsultasi bertujuan membantu pesakit meningkatkan kefungsian psikologi, emosi dan tingkah laku melalui intervensi yang berstruktur, berasaskan bukti (evidence-based practice) dan disesuaikan dengan keperluan klinikal pesakit. Pendekatan psikoterapi yang digunakan adalah berdasarkan penilaian klinikal, keperluan pesakit, serta kepakaran dan pertimbangan profesional Pegawai Psikologi (Klinikal).

Perkhidmatan ini merangkumi intervensi psikologi atau psikoterapi bagi merawat:

• Penyakit mental (seperti yang diklasifikasikan dalam Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, Fifth Edition TR (DSM-5TR ) dan International Classification of Diseases (ICD)); dan

• Masalah kesihatan mental.

Maklumat Penting: Perkhidmatan adalah tertakluk kepada polisi dan prosedur Unit Psikologi Klinikal yang berkuat kuasa.