UNIT PENYELIAAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

PENGENALAN
Unit ini bertanggungjawab menyelia serta mengurus jawatan penolong pegawai perubatan, pembantu perawatan kesihatan dan pembantu khidmat am (pemandu kenderaan) agar sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan mengikut amalan perubatan terbaik, mematuhi akta berkaitan dan polisi am hospital.
OBJEKTIF
Mengurus sumber manusia secara cekap dan berkesan, meningkatkan pembangunan profesional secara berterusan serta memastikan pematuhan terhadap standard kualiti perkhidmatan klinikal.
MISI
Memperkasakan anggota penolong pegawai perubatan, pembantu perawatan kesihatan dan pembantu khidmat am (pemandu kenderaan) secara efektif melalui penempatan strategik, pembangunan profesional berterusan dan penyeliaan klinikal berterusan
SKOP PERKHIDMATAN
Merupakan unit yang bertanggungjawab dalam menguruskan aspek pentadbiran, sumber manusia, pembangunan profesional dan kebajikan anggota penolong pegawai perubatan di hospital wanita dan kanak-kanak sabah. Unit ini bertindak sebagai penyelaras utama dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh ppp dan unit di bawah seliaannya sentiasa cekap, berkesan dan beretika serta memenuhi standard yang telah ditetapkan oleh kementerian kesihatan malaysia (KKM). Unit PPP ini juga bertanggungjawab terhadap profesion pembantu perawatan dan kesihatan (PPK) dan pembantu khidmat am (pemandu kenderaan) di hospital ini

