JABATAN PEDIATRIK

JABATAN PEDIATRIK

Image

PENGENALAN

Jabatan Pediatrik menyediakan perkhidmatan kepada penduduk di sekitar bandaraya Kota Kinabalu dan kawasan berhampiran dan juga menjadi pusat rujukan kepada hospital daerah di seluruh Negeri Sabah termasuk Hospital Wilayah Persekutuan Labuan dan Hospital Lawas, Sarawak.

Jabatan Pediatrik Hospital Wanita dan Kanak Sabah beroperasi pada tahun 2005 dengan menyediakan perkhidmatan kesihatan dan perubatan kepada kanak-kanak dari lahir sehingga umur 12 tahun termasuk pesakit sehingga 18 tahun yang masih menerima rawatan susulan di Klinik Pakar Pediatrik.

Jumlah katil di Jabatan Pediatrik adalah:

Jumlah katil Rasmi: 297 katil

Jumlah Katil Operasi : 277 katil

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM

Memberi rawatan kinikal kepada semua pesakit kanak-kanak dari umur bayi baru lahir hingga 12 tahun merangkumi rawatan pesakit luar dan dalam termasuk pesakit yang mendapat rawatan susulan di klinik pakar kanak-kanak sehingga umur 18 tahun.

OBJEKTIF KHUSUS

1. Melaksanakan perkhidmatan yang efektif dimana kemasukan semula pesakit kanak-kanak yang tidak dirancang dengan diagnosa yang sama dalam tempoh 48 jam selepas discaj adalah ≤ 0.5 %.

2. Memberikan perkhidmatan yang cekap dimana peratusan pesakit dengan masa menunggu sebanyak ≤ 90 minit untuk konsultasi doktor di Klinik Pakar Pediatrik adalah ≥ 90%.

3 Mengurangkan kadar mortaliti di kalangan bayi dan kanak-kanak terutama kadar kematian kanak-kanak bawah 5 tahun sasaran ≤ 2 %.

4. Peratus pesakit yang mengalami ekstravasasi semasa rawatan kemoterapi < 5%

MISI

Jabatan Pediatrik komited dalam memberikan perkhidmatan dengan :

1. Penyediaan perkhidmatan perubatan yang terkini berorientasikan keperluan pelanggan, mematuhi protokol piawaian semasa dan menekankan maruah manusia.

2. Memberi dan menggalakkan pendidikan dan latihan perubatan secara berterusan kepada anggota hospital demi meningkatkan kemahiran dan kepakaran warga kerja hospital

3. Melaksanakan penambahbaikan perkhidmatan kesihatan secara berterusan melalui transformasi pendigitalan, inovasi dan penyelidikan

4. Memupuk anggota agar dedikasi, terlatih, berkemahiran tinggi serta mengamalkan nilai nilai penyayang, kerja berpasukan dan profesionalisme.

SKOP PERKHIDMATAN

1. Perkhidmatan yang disediakan meliputi:

• Perkhidmatan Pesakit Dalam

• Perkhidmatan Rawatan Intensif

• Perkhidmatan Rawatan Harian

• Perkhidmatan Pesakit Luar

2. Perkhidmatan Dalam Jabatan Pediatrik

Perkhidmatan rawatan pesakit dalam Jabatan Pediatrik beroperasi 24 jam sehari.

● Perkhidmatan Pesakit Dalam

i.NICU Level 1

ii.NICU Level 2

iii.PHDW (Paediatric High Dependency Ward)

iv.Wad Melur 1

v.Wad Melur 2

vi.Wad RT 4A (Pediatric oncology)

vii.Wad RT 4B (Pediatric Haematology)

viii.Wad 5B (Infectious Disease)

● Perkhidmatan Rawatan Intensif

i.PICU

ii.NICU Level 3

iii.Wad Bone Marrow Transplant

● Perkhidmatan Rawatan Harian

i.Unit Rawatan Harian (Daycare Talasemia)

ii.Unit Rawatan Harian Pediatrik Haematology -Oncology

●Perkhidmatan Pesakit Luar

i.Klinik Pakar Pediatrik

ii.Klinik Pakar Pediatrik Haematology Oncology

iii.Pediatrik Retrieval

iv.Bank Susu

3. Perkhidmatan Sub-Kepakaran

i. Neonatologi

ii Onkologi / Hematologi

iii Penyakit Berjangkit

iv Neurologi

v Rawatan Rapi Pediatrik

vi Endokrin

vii Penjagaan Paliatif

viii Dermatologi

ix Developmental