JABATAN ANESTESIOLOGI
OBJEKTIF

PENGENALAN
Jabatan Anestesiologi dan Unit Rawatan Rapi Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) menyediakan perkhidmatan pembiusan bagi pembedahan elektif dan kecemasan, penilaian praoperatif, perkhidmatan kesakitan akut serta anestesia di luar dewan bedah. Selain itu, Unit Rawatan Rapi menyediakan rawatan intensif kepada pesakit kritikal yang memerlukan pemantauan dan intervensi lanjutan. Perkhidmatan ini dilaksanakan secara berpasukan dengan menekankan aspek keselamatan, kualiti, kecekapan, maruah dan keselesaan pesakit.
OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan pembiusan, rawatan intensif, dan juga perkhidmatan berkaitan yang berkualiti selaras dengan taraf penjagaan yang ditetapkan.
MISI
Jabatan Anestesiologi komited untuk menjadi pusat kecemerlangan perkhidmatan Anestesiologi melalui:
1. Penawaran perkhidmatan anestesia, keperluan bius perioperatif serta perkhidmatan kesakitan akut (APS) yang komprehensif, cekap dan memuaskan.
2. Pembentukan unit rawatan rapi lengkap bagi tujuan sokongan pesakit kritikal yang bakal mendapat khidmat rawatan rapi yang terkini serta efisyen.
3. Pelaksanaan perkhidmatan yang berkualiti melalui semangat kerja berpasukan serta sepenuh hati dengan penekanan terhadap maruah dan keselesaan pesakit.
4. Memupuk dan membentuk anggota yang profesional, terlatih, berdedikasi, beretika dan bersifat penyayang.
5. Membangunkan jabatan agar menjadi pusat latihan,rujukan dan penyelidikan serantau yang diperakui dan diiktiraf.
JENIS PERKHIDMATAN
Perkhidmatan pembiusan untuk pembedahan elektif dan kecemasan
Perkhidmatan remote anestesia
Perkhidmatan kesakitan akut
Perkhidmatan penilaian pre-operatif di klinik anestesia
Memberi rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi Umum dan pembedahan peadiatrik

