JABATAN PATOLOGI & PERUBATAN TRANSFUSI

PENGENALAN
Jabatan Patologi, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak mula berkhidmat secara rasminya pada Disember 2004. Jabatan Patologi terletak di Aras 4, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak.
Jabatan ini merupakan makmal ujian kesihatan kerajaan di Sabah yang menyediakan perkhidmatan makmal diagnostic, ujian klinikal dan patologi untuk pelbagai disiplin perubatan di hospital termasuk obstetric dan ginekologi, pediatrik, onkologi dan radioterapi, perubatan nuclear dan lain-lain disiplin klinikal.
Makmal patologi menawarkan melebihi 100 analisis klinikal portfolio di dalam bidang immunologi, hematologi/koagulasi, kimia klinikal, parasitology, mikrobiologi/ penyakit berjangkit, analisis pemantauan ubat terapeutik, sitologi, dan perubatan transfusi. Perkhidmatan ini juga merangkumi ‘point of care testing’.
Makmal kami juga bertanggungjawab membuat semua ujian Program Saringan Kongenital Hipotiroidisme dari hospital daerah termasuk Kudat, Kota Belud, Kota Marudu, Ranau, Tuaran, Papar, Kuala Penyu, Sipitang dan Beaufort.
Melalui pengalaman dan kepimpinan kami di dalam bidang ujian perubatan, kami telah menimba pelbagai pengetahuan mengenai keperluan dan jangkaan pelanggan. Jabatan kami secara proaktif telah menyertai Program Jaminan Kualiti berkaitan perkhidmatan makmal diagnostik. Hal ini bagi memastikan ketepatan dan relibiliti keputusan makmal terjamin.
OBJEKTIF
- Untuk mengoptimumkan penggunaan teknologi tinggi dalam memaksimumkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan patologi dengan menggunakan Sistem Automasi Makmal Menyeluruh (TLAS) dan Sistem Maklumat Makmal (LIS).
- Dalam jangkamasa 5 tahun, sekurang-kurangnya 30 peratus kakitangan( Juruteknologi Makmal Perubatan) mempunyai Kursus Post-Basic/ Diploma lanjutan.
- Pada 2018, Jabatan Patologi akan mendapat Akreditasi Makmal Perubatan (MSISO 15189).
VISI
Menjadi makmal perubatan yang diiktiraf dan dipercayai diantara hospital kerajaan di Negeri Sabah.
Kami mencapai visi melalui:
- Komitmen pemimpin dan kakitangan terhadap misi kami
- Pelaksanaan proses perkhidmatan optimum.
- Inovasi penggunaan teknologi baharu
MISI
- To provide quality laboratory diagnostic information with reliable and accurate results to help improve the health and well-being of the customer we serve.
Menyediakan maklumat makmal diagnostik berkualiti beserta ketepatan dan kebolehpercayaan keputusan ujian bagi meningkatkan kesihatan dan kebajikan pelanggan.
Kami mencapai misi kami melalui:
- Menyediakan perkhidmatan makmal perubatan
berkualiti tinggi menggunakan teknologi canggih - Mengutamakan keperluan setiap pesakit.
- Menekankan hospitality, semangat dan kepakaran
professional - Berusaha memperoleh keputusan yang tepat, responsif terhadap keperluan pelanggan dan ketepatan waktu perkhidmatan.
- Menyediakan latihan pembangunan berterusan dalam bidang klinikal, teknologi perubatan dan kemahiran analitikal bagi setiap kakitangan jabatan dan lain-lain agensi kerajaan dan swasta termasuk pelatih/pelajar dari kolej dan institusi pengajian
PERKHIDMATAN
- Preanalitikal
- Hematologi
- Kimia Patologi
- Mikrobiologi klinikal
- Serologi
- Sitology
- Makmal Sumsum Tulang
- Perubatan Transfusi
PIAGAM PELANGGAN
1. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, sopan dan ikhlas
2. Setiap Pelanggan akan memperoleh keputusan tepat pada masa
3. Setiap maklumat pelanggan adalah sulit
Prosedur Ujian Masa
UFEME 45 min
Stool/Occult Blood 45 min
UPT 45 min
Serum Bilirubin 45 min
FBC/PT/PTT 45 min
ESR 60 min
BSMP 60 min
Biochemistry Test (Routine) 60 min
Gram Stain/ Torula Stain 60 min
GALERI





