UNIT DASAR PERUBATAN & PERANCANGAN PERKHIDMATAN KLINIKAL

PENGENALAN
Unit Dasar Perubatan dan Perancangan Perkhidmatan Klinikal Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah berperanan sebagai unit sokongan strategik yang memastikan perkhidmatan klinikal hospital dirancang, dilaksana dan dipantau selari dengan Dasar dan Pelan Strategik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), keperluan operasi semasa serta keperluan masa hadapan hospital wanita dan kanak-kanak. Unit ini bertindak sebagai penghubung antara dasar, data klinikal, perancangan perkhidmatan, pematuhan polisi serta kelestarian operasi hospital.
OBJEKTIF
Memastikan perkhidmatan klinikal Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah dirancang, diurus dan dipantau secara sistematik dan berasaskan dasar KKM bagi menjamin keselamatan pesakit, kualiti perkhidmatan serta kesinambungan operasi hospital
MISI
Unit Dasar Perubatan dan Perancangan Perkhidmatan Klinikal komited untuk menjadi pusat kecemerlangan perkhidmatan kesihatan melalui:-
Menyokong tadbir urus klinikal dan perancangan perkhidmatan berasaskan dasar KKM serta keperluan perkhidmatan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah dengan penekanan kepada keselamatan pesakit
Memastikan pematuhan terhadap polisi, garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) klinikal melalui penyelarasan, pemantauan dan audit bagi menjamin kualiti serta keselamatan perkhidmatan
Mengoptimumkan penggunaan data klinikal dan sistem maklumat termasuk Casemix dan Medical Programme Information System (MPIS);
Memperkukuh tadbir urus perkhidmatan klinikal dan sokongan melalui pemantauan prestasi serta penyelarasan perkhidmatan selari dengan keperluan KKM
SKOP PERKHIDMATAN
Skop perkhidmatan Unit Dasar Perubatan dan Perancangan Perkhidmatan Klinikal merangkumi tetapi tidak terhad kepada:-
Dasar dan Pelan Strategik KKM: Penterjemahan dasar, analisis impak dan sokongan perancangan jangka sederhana dan panjang hospital.
Sistem Casemix: Penyelarasan pelaksanaan, penggunaan data bagi perancangan kapasiti, audit dan kualiti, serta pemantauan kualiti data.
Medical and Dental Advisory Committee (MDAC): Sokongan penilaian keperluan klinikal, analisis risiko dan penyelarasan mesyuarat.
Pematuhan Polisi dan SOP Klinikal: Semakan, penyelarasan audit dan tindakan pembetulan.
Perancangan Aset Perubatan: Sokongan perancangan aset berasaskan keperluan klinikal, risiko dan kapasiti perkhidmatan.
Medical Programme Information System (MPIS): Sokongan penggunaan sistem oleh bahagian klinikal dan perancangan modul.
Hospital Services Outsourcing Programme (HSOP): Pemantauan prestasi, kualiti, keselamatan dan pengurusan risiko perkhidmatan penyumberluaran.
Penyelarasan Program Kluster Hospital: Sokongan perancangan perkhidmatan bersepadu dan kesinambungan rujukan pesakit.
PIAGAM PELANGGAN
- Sekurang-kurangnya satu (01) SOP klinikal bagi setiap jabatan dan unit klinikal diaudit setiap tahun.
- Penggunaan 100% dari slot HSOP yang ditawarkan oleh KKM.
- Audit dokumentasi klinikal dijalankan sekurang-kurangnya sekali setahun.

