UNIT TABUNG SUSU

PENGENALAN
Unit Pusat Inisiatif Perkongsian Susu Ibu Dermaan, Hospital Wanita dan Kanak Kanak Sabah telah dibuka tahun mac 2022. Tujuan unit ini dibuka adalah untuk menerima dermaan susu perahan khas untuk bayi-bayi pramatang yang ada masalah perubatan, dan melaksanakan pempasteuran susu perahan. Unit ini terbahagi kepada dua bahgian iaitu:
1. Unit konsultasi
Terletak di luar bangunan hospital dan berfungsi sebagai menerima pendaftaran dan tempat untuk pemerahan susu.
2. Makmal susu
Terletak di bangunan PPNR aras 7, berkongsi kawasan dengan wad BMT. Makmal ini adalah tempat pempasteuran susu perahan.
Walaubagaimana pun unit ini belum beroperasi untuk menerima susu dermaan, Kerana SOP dari KKM belum ada
Namun demikian makmal susu sudah beroperasi sejak dibuka di mana kita membuat pempasteuran susu ibu untuk bayi sendiri.
Unit Pusat Inisiatif Perkongsian Susu Ibu Dermaan, berada di bawa Jabatan Pediatrik.
Unit Pusat Inisiatif Perkongsian Susu Ibu Dermaan berkerjasama dengan Unit Laktasi untuk mempromosikan tentang kewujudan unit ini dan kepentingan susu ibu terutama terhadap bayi-bayi pramatang.
Unit Pusat Inisiatif Perkongsian Susu Ibu Dermaan, juga bertanggungjawab memberi khidmat Pendidikan berkaitan tentang kebaikan susu ibu dan pendedahan terhadap susu dermaan.
Di masa akan datang, unit ini akan menjadi rujukan apabila beroperasi sepenuhnya.
OBJEKTIF
1. OBJEKTIF AM
Memberi perkhidmatan kepada bayi-bayi pramatang yang memrlukan susu ibu sahaja
2. OBJEKTIF khusus
2.1 Bayi mendapat manfaat dan kebaikan sepenuhnya daripada susu ibu,
2.2 Menggalakan amalan penyusuan susu ibu secara eksklusif di NICU,
2.3 mengelakkan bayi-bayi terdedah kepada risiko pemberian susu formula,
2.4 Meningkatkan kadar “survival rate” bayi-bayi pramatang,
2.5 Menggalakan ibu-ibu mempunyai lebihan susu ibu untuk berkongsi susu.
2.6 Menggalakan penggunaan susu ibu perahan bagi bayi-bayi pramatang den tenatyang tidak mendapat susu ibu masing-masing.
SKOP PERKHIDMATAN
1. Menerima dermaan susu perahan dari penderma khas untuk bayi-bayi pramatang yang ada masalah perubatan, dan melaksanakan pempasteuran susu perahan.
2. Memberi kaunseling kepada penderma susu ibu perahan
3. Membuat pemeriksaan susu ibu perahan dermaan sebelum susu ibu perahan dermaan diberikan kepada bayi yang memerlukan.
4. Merekod susu ibu perahan dermaan
5. Melakukan proses ‘pasteuriser’ selepas susu ibu perahan
MISI
Pusat Inisiatif Perkongsian Susu Ibu Dermaan komited untuk memberikan perkhidmatan dengan :
• Menjadi sebuah pusat kecemerlangan perkongsian susu ibu dermaan untuk bayi pramatang dengan jalinan sokongan daripada KKM.
• Menjadi pusat pentadbiran dan rujukan utama program perkongsian susu ibu dermaan untuk bayi pramatang di negeri Sabah.
PIAGAM PELANGGAN
Pediatrik


