UNIT PEROLEHAN, ASET & PEMBANGUNAN

PENGENALAN
Unit ini telah ditubuhkan pada tahun 2010. Sehingga kini anggota yang bertugas di unit ini adalah seramai lima (5) orang. Unit ini berfungsi bagi memproses pembelian terus, Sebut Harga, Kontrak Perjanjian dan Kontrak Pusat.
OBJEKTIF
Untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkualiti kepada semua golongan masyarakat dengan penggunaan teknologi terkini serta memenuhi keperluan pelanggan yang menekankan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, menghormati maruah insan dan menggalakkan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan kualiti kehidupan individu, keluarga dan masyarakat.
VISI
Hospital Likas akan menjadi pusat kecemerlangan yang menyediakan perkhidmatan Kesihatan Wanita dan Kanak-kanak yang berkualiti dan komprehensif yang dikendalikan oleh anggota yang professional, cekap dan penyayang dengan menekankan maruah manusia.
MISI
Hospital Likas berhasrat menjadi pusat kecemerlangan perkhidmatan kesihatan melalui:
Penyediaan perkhidmatan perubatan yang terkini berorientasikan keperluan pelanggan , mematuhi protokol piawaian semasa dan menekankan maruah manusia
Menggalakkan perkhidmatan pencegahan dan promosi kesihatan
Memberi dan menggalakkan pendidikan dan latihan perubatan secara berterusan kepada anggota hospital
Memupuk anggota agar dedikasi, terlatih, berkemahiran tinggi serta mengamalkan nilai-nilai budaya koporat iaitu penyayang, kerja berpasukan dan profesionalisme.
SKOP PERKHIDMATAN
Memastikan semua perolehan Kerajaan diurus berlandaskan dasar dan prinsip perolehan Kerajaan bagi menjamin perolehan yang terbaik dan berkesan.
PERKHIDMATAN SUB KEPAKARAN
PEMBELIAN TERUS
Memproses semua permohonan daripada end-user bagi bekalan/perkhidmatan.
SEBUT HARGA
Memproses permohonan daripada end-user sama ada perolehan secara lum sum atau berkala.
KONTRAK PERJANJIAN
Menyediakan kontrak perjanjian bagi sebut harga yang bernilai RM50,000 hingga RM500,000.00 peringkat Hospital.
PIAGAM PELANGGAN
Memproses pembelian terus / Kontrak Pusat / Kontrak Kementerian yang lengkap dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
Memproses Sebut Harga yang lengkap dalam masa tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
Memproses Kontrak Perjanjian yang lengkap diterima daripada Pembekal iaitu (Surat Setuju Terima) dalam masa empat (4) bulan selepas disemak dan disahkan oleh PUU (Perlembagaan Undang-Undang KKM)

