UNIT PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
SEKSYEN KEWANGAN & HASIL

PENGENALAN
Unit Pengurusan Teknologi Maklumat merupakan satu unit sokongan strategik yang bertanggungjawab dalam merancang, membangun, melaksana dan menyelenggara kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi menyokong operasi organisasi. Unit ini memainkan peranan penting dalam memastikan sistem ICT berjalan dengan cekap, selamat dan berkesan selaras dengan keperluan semasa serta hala tuju pendigitalan organisasi. Unit ini terbahagi kepada 3 sub unit iaitu Sub Unit Aplikasi, Sub Unit Rangkaian dan Keselamatan dan Sub Unit Operasi.
Unit Pengurusan Teknologi Maklumat turut berfungsi sebagai pemacu transformasi digital dengan menyediakan infrastruktur ICT yang stabil, sistem aplikasi yang efisien serta perkhidmatan sokongan teknikal kepada semua pengguna. Di samping itu, unit ini memastikan pematuhan kepada dasar, piawaian dan garis panduan keselamatan ICT yang ditetapkan bagi melindungi integriti, kerahsiaan dan ketersediaan maklumat.
Secara keseluruhannya, Unit Pengurusan Teknologi Maklumat berperanan sebagai tulang belakang kepada pengurusan maklumat organisasi, sekaligus menyokong peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan yang lebih pantas, tepat dan berkesan.
OBJEKTIF
OBJEKTIF AM
Menyediakan perkhidmatan sokongan teknologi maklumat kepada semua pengguna hospital dalam usaha ke arah memperbaiki dan mempertingkatkan keberkesanan, kualiti dan produktiviti dalam pentadbiran KKM dan Kesihatan orang ramai.
OBJEKTIF KHUSUS
Memastikan 80% aduan pengguna (dalam skop) permasalahan ICT diselesaikan.
VISI
Menjadi pusat kecemerlangan perkhidmatan penjagaan kesihatan wanita, kanak-kanak, dan perawatan kanser di Sabah pada tahun 2030
MISI
Untuk memberikan khidmat nasihat dan sokongan teknikal yang terbaik kepada semua pengguna perkhidmatan ICT Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah.
PIAGAM PELANGGAN
Memastikan 80% aduan pengguna (dalam skop) permasalahan ICT diselesaikan.
Memberi tindak balas dalam masa 24 jam bagi setiap Aduan Pelanggan yang diterima dalam tempoh bekerja.
Memastikan capaian terhadap LAN hospital beroperasi pada skala 90% setahun.

