JABATAN PEMBEDAHAN PERGIGIAN PEDIATRIK
Jabatan Pembedahan Pergigian Pediatrik

PENGENALAN
Jabatan Pembedahan Pergigian Pediatrik memberikan perkhidmatan kepakaran pergigian pediatrik di hospital untuk bayi dan pesakit yang berumur di bawah 16 tahun, termasuk pesakit-pesakit dengan keperluan perubatan khas. Bidang kepakaran ini merangkumi khidmat diagnosa awal dan pelaksanaan rawatan yang khusus untuk penyakit serta kondisi gigi dan mulut yang kompleks, termasuk karies, penyakit periodontal, gangguan perkembangan gigi dan pertumbuhan gigi, jangkitan di bahagian orofasial, patologi mulut, kelainan tisu lembut dan tisu keras dalam rongga mulut, dan kecederaan orofasial di kalangan kanak-kanak dan remaja.
OBJEKTIF
Menyediakan pusat rujukan tertier bagi perundingan dan rawatan kesihatan gigi dan mulut yang komprehensif kepada pesakit pediatrik.
Menyediakan fasiliti untuk latihan bagi Pegawai Pergigian lantikan baru, Jururawat Pergigian Pos Basik dan perwartaan Pakar Pergigian Pediatrik.
Menjalani penelitian, audit dan penulisan ilmiah.
Menangani kes – kes yang kompleks (rumit) secara berpasukan bersama bidang perubatan / pergigian yang lain.
Menganjurkan aktiviti kemasyarakatan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang isu – isu yang berkaitan dengan kesihatan gigi dan mulut.
MISI
Menjadi pusat rujukan bagi kes pergigian pediatrik termasuk mereka dengan keperluan perubatan khas yang berumur di bawah 16 tahun.
SKOP PERKHIDMATAN
Rawatan pergigian menggunakan berbagai teknik-teknik kawalan tingkahlaku termasuk teknik farmakologikal seperti sedasi dan bius umum
Rawatan pergigian asas termasuk rawatan pencegahan dan rawatan restorasi lanjutan
Rawatan pergigian komprehensif untuk kanak-kanak dengan keperluan perubatan khas
Rawatan jangkitan kuman di bahagian orofasial
Pengawalan perkembangan gigi termasuk ortodontik interseptif
Rawatan kecederaan gigi dan orofasial
Penanganan kelainan gigi dan orofasial termasuk pesakit dengan klef
Patologi dan perubatan mulut
Pembedahan mulut kecil
Prostesis gigi dan mata
PIAGAM PELANGGAN
Setiap rujukan baru dengan temujanji akan didaftarkan dalam tempoh 10 minit dan diperiksa dalam hari yang sama.
Setiap pelanggan akan diberi maklumat mengenai aspek – aspek penting rawatan.
Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan kepakaran pergigian yang sewajarnya secara cekap dan professional.
Segala maklumat mengenai pelanggan akan dirahsiakan dan hanya diberitahu kepada pihak tertentu dengan kebenaran dari pihak berkuasa.
Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun dan ikhlas

