JABATAN OFTALMOLOGI PEDIATRIK

PENGENALAN
Perkhidmatan klinik mata di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, telah dimulakan secara rasmi pada bulan Julai 2013. Sebelum ini semua Perkhidmatan Pediatrik Oftalmologi seperti Perkhidmatan Pesakit Luar Klinik, rawatan susulan serta pembedahan dijalankan di Hospital Queen Elizabeth.
Perkhidmatan Oftalmologi yang di sediakan di Hospital Wanita Dan kanak-Kanak Sabah, merupakan perkhidmatan kepakaran mata yang merawat pesakit-pesakit yang berumur 12 tahun dan kebawa sahaja.
Jabatan Oftalmologi Hospital Wanita Dan kanak-kanak Sabah, menyediakan Perkhidmatan ”General Oftalmologi” serta Perkhidmatan Rawatan Subspecialiti.
Klinik Mata ini juga merupakan pusat rujukan pesakit mata kanak-kanak daripada semua hospital daerah di Negeri Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan juga dari Limbang dan Lawas, Sarawak.
Dengan wujudnya perkhidmatan Pediatrik Oftalmologi bagi Negeri Sabah ini, maka adalah di harapkan agar ianya dapat membantu untuk mengesan, merawat dan seterusnya mengambil langkah-langkah pemulihan dan pencegahan agar dapat meningkatkan taraf kesihatan pengelihatan dikalangan kanak-kanak yang berumur 12 tahun kebawah, khasnya bagi Negeri Sabah sejajar dengan Objektif Jabatan Pediatrik Oftalmologi, Hospital Wanita Dan Kanak-kanak Sabah.
OBJEKTIF
Untuk menyediakan Perkhidmatan penjagaan tertiary bagi Negeri Sabah serta Perkhidmatan Kepakaran Pediatrik Oftalmologi yang bertaraf tinggi dengan rawatan Oftalmik yang Spesifik agar seseorang kanak-kanak berupaya mencapai dan menggalakkan suatu taraf kesihatan penglihatan yang optimum bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif dengan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan bercorak pencegahan (preventive), rawatan (curative) dan pemulihan (rehabilitation) yang cekap, sesuai dan berkesan dengan memberi penekanan kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik.
SKOP PERKHIDMATAN
1.1. Menyediakan Perkhidmatan Rawatan Pediatrik Oftalmologi:-
Perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar.
Perkhidmatan Rawatan Pesakit Dalam.
1.2. Perkhidmatan Pembedahan Oftalmik Am:-
Pembedahan Elektif Major
Pembedahan Elektif Minor
Pembedahan Kecemasan
1.3. Menyediakan Perkhidmatan Subspecialiti:-
Saringan / Pemeriksaan ROP
Rawatan Laser
Rawatan Retinoblastoma ( Ocular Tumor )
Rawatan Strabismus / Squint
Rawatan Oculoplasty
1.4. Menyediakan Perkhidmatan Optometri:-
Pengukuran Kuasa Refraksi Mata
Ujian Perimetri untuk medan penglihatan
Pemeriksaan Biometri sebelum pembedahan Katarak
Menjalankan Ujian Otoptik
Menjalankan Ujian Klinikal bagi kes Low Vision
Menjalankan Ujian Klinikalpesakit Kanta Sentuh
MISI
Misi Jabatan Oftalmologi Hospital Wanita Dan kanak-Kanak Sabah adalah seiring dengan Misi Kementerian Kesihatan Malaysia, iaitu untuk menerajui dan berusaha bersama-sama :-
i) Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat yang berumur 12 tahun dan ke bawah:
a. Mencapai sepenuhnya potensi dalam pengekalan kesihatan Mata mereka.
b. Menghargai kesihatan penglihatan sebagai aset berharga dalam kehidupan.
c. Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan penglihatan anak/keluarga mereka.
ii) Untuk memastikan sistem penyiampaian perkhidmatan penjagaan mata yang berkualiti tinggi iaitu:
mengutamakan pelanggan
saksama
tidak membebankan
cekap
wajar mengikut teknologi terkini
boleh disesuaikan mengikut persekitaran
inovatif
iii) Dengan menekankan terhadap etika perkhidmatan:
sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
sifat menghormati maruah insan
penglibatan masyarakat

