Image

PENGENALAN

Unit Terapi Cara Kerja Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS) telah mula ditubuhkan pada 16 Ogos 2006, oleh seorang Jurupulih Perubatan Carakerja U29 yang mula melapor diri dan bertugas sebagai Jurupulih Perubatan Carakerja di HWKKS.

Pada awal penubuhannya, Unit Pemulihan Carakerja ditempatkan di bawah satu jabatan bersama Unit Fisioterapi, iaitu Jabatan Rehabilitasi. Tetapi pada Tahun 2013, Unit Pemulihan Carakerja telah berpindah keluar dari Jabatan Rehabilitasi dan ditempatkan di Aras 1 bangunan lama, bersebelahan dengan Unit Psikologi dan Kaunseling.

Unit Pemulihan Carakerja yang sedia ada pada hari ini mempunyai seramai 11 orang tenaga kerja yang terdiri daripada 2 orang Pegawai Pemulihan Carakerja, 8 orang Jurupulih Perubatan Carakerja dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK).

Wujudnya Unit Pemulihan Carakerja di hospital ini adalah sejajar dengan wawasan Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang sihat, di mana Unit ini dilihat sebagai salah satu usaha untuk mencapai wawasan tersebut. Ini adalah kerana ia memberi kemudahan kepada pelanggan yang memerlukan rawatan Pemulihan Carakerja dalam bidang Pediatrik dan Ginekologi, lebih-lebih lagi HWKKS adalah sebuah hospital khas untuk memberi rawatan kepada ibu dan juga anak.

OBJEKTIF

  • Mengenalpasti kebolehan individu dan masalah berkaitan dengan aktiviti, kehidupan seharian dan persekitarannya.
  • Merancang objektif rawatan jangka masa pendek dan panjang.
  • Memastikan perancangan rawatan adalah berkaitan dengan tahap perkembangan, gaya hidup, kehidupan seharian dan persekitaran seseorang.
  • Memudahkan pencapaian aktiviti seharian dengan mengubahsuai persekitaran tempat bekerja, tempat tinggal dan bersosial. Ini merangkumi pengajaran teknik-teknik baru dan alat-alat bantuan kepada pesakit untuk menggalakkan keberdikarian dalam penjagaan diri,bagi mengurangkan tekanan.
  • Menggalakkan kerjasama dan koordinasi dalam kalangan keluarga, penjaga, sukarelawan dan kakitangan professional dalam merealisasikan pendekatan secara menyeluruh.
  • Mengendalikan penjagaan kesihatan berterusan.
  • Menerap nilai-nilai murni, maruah dan hak asasi manusia sebagai profesion yang penyayang.
  • Untuk maju dan proaktif, menanam semangat sensitif, bersikap analitik kepada perubahan/pengaruh luar, peka dengan perubahan yang membina, memudahkan penyesuaian diri dan terus mengekalkan amalan yang sesuai dengan peredaran masa.
  • Penggunaan teknologi moden yang canggih dalam memajukan profession Pemulihan Carakerja.
  • Pesakit dan penjaga diberi peluang dalam membuat keputusan dengan bantuan khidmat nasihat oleh professional.
  • Memelihara hubungan baik dengan lain-lain disiplin profession penjagaan kesihatan untuk memberi manfaat kepada pelanggan.
  • Memudahkan Jurupulih Carakerja memperolehi pembelajaran yang tinggi dan seterusnya latihan tertentu yang akan membantu dalam perkhidmatan yang cemerlang.
  • Memelihara kecemerlangan professional.

VISI

Bahagian Pemulihan Carakerja Hospital Likas menyokong visi Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas menjadi pusat kecemerlangan, di mana penyertaan perkhidmatan Pemulihan Carakerja memainkan pengaruh yang patut dibanggakan untuk memperolehi kecemerlangan penjagaan kesihatan melalui kewajipan bersama kepada profession, institusi dan juga dedikasi kepada kebajikan dan maruah manusia.

MISI

Kami percaya bahawa:

  1. Kualiti dalam pengamalan terapi carakerja itu diteruskan melalui pemilihan, latihan, penyediaan dan pemupukan yang berterusan dan penghayatan nilai korporat yang tinggi, seperti penyayang, professionalisme dan kerja berpasukan.

  2. Kepelbagaian dalam perkhidmatan, memberi Jurupulih Perubatan Carakerja peluang untuk meneruskan perkhidmatan professional yang disukai, dan untuk mencapai tahap kecekapan yang lebih tinggi.

  3. Jurupulih Perubatan Carakerja akan mencapai kerjasama yang berkesan dalam pengurusan kolektif penjagaan kesihatan bukan sahaja melalui pengetahuan professional, pengamalan evidence based patient centeredtetapi juga pekaterhadap faktor yang mempengaruhi dalam trend penjagaan kesihatan.

SKOP PERKHIDMATAN

Penilaian perkembangan kanak-kanak (Motor, Cognitive, Social, Behaviour, Reflex)

Penilaian keperluan dan latihan penggunaan kerusi roda bagi kanak-kanak cerebral palsy dan paraplegia

Penilaian keperluan alat-alat bantuan dan adaptasi peralatan aktiviti kehidupan harian. (Assistive Devices Technology for Activities of Daily Living)

Bayi Dan Kanak-Kanak

Rangsangan Sensori Awal (Early Sensory Stimulation)

Terapi Integrasi Sensori (Sensory Integration Therapy)

Latihan ‘Cognitive-Visual Perception and Motor’

Latihan kefungsian anggota atas dan bawah (Upper/ Lower Limbs & Hands Functioning)

Rawatan splinting

Latihan kefungsian akademik (Functioning academic training)

Modifikasi tingkahlaku ( Behavior Modification)

Latihan Aktiviti kehidupan seharian ( Activity of Daily Living)

Pendidikan kepada penjaga (Carer education)

Terapi permainan (Play Therapy) dan “Therapeutic Play”

Wanita

Terapi Relaksasi

Rawatan splinting

Alat bantuan dan adaptasi peralatan

Aktiviti kehidupan seharian (Activities of Daily Living)

Rawatan tensogrip/ lastogrip ( TED Stocking)

Teknik penjagaan sendi dan penjimatan tenaga ( Joint Protection Technique )

Rawatan pakaian tekanan ( Pressure Garment )

Penilaian serta lawatan ke rumah dan tempat kerja ( Home Visit & Work Visit )

PIAGAM PELANGGAN

Semua pelanggan akan dilayan dengan mesra, baik, bertimbang rasa, hormat, bersopan-santun dan ikhlas.

Kerahsiaan pelanggan akan dijaga.

Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya terpelihara semasa menjalani pemeriksaan dan rawatan.

Pelanggan akan didaftar, diberitahu tentang pembayaran dan tempat menunggu. (Dalam 15 minit)

Pelanggan akan dinilai, dirawat dan diberitahu tentang kontra-indikasi rawatan semasa menjalani rawatan (Dalam masa 90 minit)

Di akhir rawatan, pelanggan akan diberitahu (Dalam masa 15 minit)

Temujanji akan datang mengikut jadual rawatan

Maklumat pembayaran dan/atau pengecualian pembayaran

Laporan bertulis kepada doktor akan disediakan jika perlu (Dalam 1 minggu)

Untuk pesakit dalam yang dirujuk, mereka akan dilayan dalam masa 24 jam.

CARTA ORGANISASI

Pediatrik

Image

GALERI