UNIT PSIKOLOGI KAUNSELING

Image

PENGENALAN

Perkhidmatan Unit Psikologi Kaunseling telah diwujudkan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah pada 11 Disember 2006. Ia melengkapi kepada perkhidmatan perawatan khusus intervensi psikologi kaunseling di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah. Perkhidmatan psikologi kaunseling adalah satu proses menolong yang sistematik dan berterusan. Proses ini berasaskan prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh Pegawai Psikologi (Kaunseling) professional bagi menghasilkan perubahan. Bagi mencapai matlamat ini, perkhidmatan diberikan melalui pendekatan berteraskan ilmu psikologi kaunseling yang menjurus kepada aspek pencegahan, pembangunan, pemulihan dan intervensi. Perkhidmatan ini adalah usaha untuk mencapai dan mengekalkan kesejahteraan insan melalui pelaksanaan perkhidmatan dan intervensi berpaksikan orientasi psikologi kaunseling secara menyeluruh.

OBJEKTIF

i. Menyampaikan perkhidmatan psikologi kaunseling yang seragam dan holistik untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti.

ii. Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan Pegawai Psikologi (Kaunseling) secara berterusan.

iii. Melaksanakan perkhidmatan berteraskan etika dan peruntukan perundangan yang berkaitan.

VISI

Memperkasa kesejahteraan insan dan komuniti melalui perkhidmatan psikologi kaunseling yang profesional.

MISI

Perkhidmatan psikologi kaunseling ini diberikan oleh pegawai yang kompeten, berkemahiran dan berdasarkan amalan berasaskan bukti terkini melalui perkhidmatan yang kondusif, terapeutik dan efektif.

PIAGAM PELANGGAN

i. Setiap pelanggan yang dirujuk perlu diberi maklum balas dalam tempoh tiga (3) hari bekerja daripada tarikh rujukan diterima

ii. Setiap sesi kaunseling individu perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya 30 minit.

iii. Setiap sesi kauseling kelompok, keluarga dan perkahwinan adalah sekurang-kurangnya 60 minit.

iv. Setiap pelanggan akan diberi penerangan mengenai perkhidmatan psikologi kaunseling pada perjumpaan janji temu kaunseling pertama.

SKOP PERKHIDMATAN

Unit Psikologi Kaunseling komited untuk memberikan perkhidmatan mengikut amalan psikologi kaunseling terbaik, mematuhi Akta berkaitan dan Polisi Operasi Am Hospital. Unit Psikologi Kaunseling juga memberikan perkhidmatan psikologi kaunseling dengan mematuhi Pelan Operasi Pengurusan Operasi Perkhidmatan Kaunseling Pegawai Psikologi (Kaunseling) yang dikeluarkan oleh Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Prosedur Operasi Standard (SOP) berikut :

i. SOP Perkhidmatan Kaunseling Individu.

Kaunseling individu adalah perkhidmatan kaunseling yang disasarkan kepada seorang individu bagi mengatasi pelbagai isu atau masalah peribadi, emosi atau psikologi.

ii. SOP Perkhidmatan Kaunseling Kelompok.

Kaunseling kelompok adalah perkhidmatan kaunseling yang disasarkan kepada sekelompok individu bagi membantu mengatasi masalah yang serupa atau berkaitan, meningkatkan kesejahteraan dan sahsiah kendiri.

iii. SOP Perkhidmatan Kaunseling Keluarga dan Perkahwinan.

Kaunseling Keluarga dan Perkahwinan adalah perkhidmatan kaunseling yang disasarkan bagi membantu pasangan dan anggota ahli keluarga dalam mengatasi masalah interpersonal dan konflik yang terjadi dalam konteks hubungan perkahwinan dan keluarga.

iv. Pengukuran Psikologi

v. Pendidikan Kesihatan Mental dan Program

Serta menggunakan Modul Perkhidmatan Psikologi Kaunseling edisi 2025 seperti berikut :

1. Modul Daya Tahan Remaja (DAYTAR)

2. Modul Kesejahteraan Psikologi Warga Emas (MOKWE)

3. Modul Berasakan Penyakit (DBC);

3.1. DBC Talasemia

3.2. DBC Endokrin

3.3. DBC Rehabilitasi Strok

3.4. DBC Penyakit Tidak Berjangkit

3.5. DBC Kesihatan Mental

Antara Rujukan Kes :

i. Isu Psikiatri dan Kesihatan Mental

ii. Isu Perubatan

iii. Isu Sosial

iv. Isu Perkahwinan dan Keluarga

v. Isu Kakitangan KKM dan Tempat Kerja

CARTA ORGANISASI

Pediatrik

Image

GALERI