MAJLIS PELUNCURAN BLOK BANGUNAN BAHARU HOSPITAL TAWAU, SABAH OLEH YANG BERHORMAT DATUK SERI PANGLIMA ANWAR BIN IBRAHIM PERDANA MENTERI

Sorotan Majlis Peluncuran Blok Bangunan Baharu Hospital Tawau yang disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, pada 10 November 2025. Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada YAB Perdana Menteri atas komitmen dan kepimpinan beliau dalam meluncurkan pembangunan penting ini demi kesejahteraan rakyat Sabah.

Majlis perasmian turut dihadiri oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan; YBhg Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM; serta barisan kepimpinan Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

🏥 Pembukaan Blok C menambah kapasiti Hospital Tawau dengan 154 katil baharu dan kemudahan moden termasuk MRI, Mammogram, enam dewan bedah, Klinik Pakar, Jabatan Kecemasan, farmasi, lima wad tambahan, fasiliti TPN dan CTR, serta ruang pembelajaran seperti auditorium, bilik seminar dan perpustakaan.

🇲🇾 Perasmian ini menjadi pemacu ke arah masa depan sistem kesihatan Sabah yang lebih mampan, moden dan inklusif, sejajar dengan nilai MADANI — Kemampanan, Kesejahteraan dan Ihsan.

User