1 November 2025 | Kota Kinabalu
YBrs. Dr. William Gotulis, Pengarah Kesihatan Negeri telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen 6020 Sempena Hari Warga Emas Sedunia 2025 Peringkat Negeri Sabah bertempat di Dewan Suria 1, Suria Sabah.
Kempen 6020 merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dilancarkan oleh YB Datuk Seri Dr. Hj. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, pada 26 April 2025 yang lalu.
Kempen ini membawa aspirasi penting —
➡️ Setiap rakyat Malaysia disasarkan mempunyai sekurang-kurangnya 20 batang gigi asli apabila mencapai umur 60 tahun.
🎯 Sasaran nasional: Menjelang tahun 2050, sekurang-kurangnya 50% warga emas Malaysia mempunyai 20 batang gigi asli yang sihat dan berfungsi.
Matlamat ini selaras dengan usaha KKM untuk memperkukuh Pelan Strategik Kesihatan Pergigian Kebangsaan 2022–2030, serta menyokong Strategi Global Kesihatan Pergigian 2030 WHO, bagi memastikan rakyat Malaysia menikmati penuaan yang sihat dan berkualiti.
Dalam ucapan perasmiannya, YBrs. Dr. William Gotulis menekankan bahawa pengekalan gigi asli amat penting bagi memastikan warga emas dapat menikmati kualiti hidup yang baik, pemakanan seimbang, serta kesihatan tubuh badan yang optimum.
Beliau turut menyeru masyarakat untuk membuat pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun, khususnya dalam kalangan warga emas, agar sebarang masalah mulut dapat dikesan lebih awal.
💬 “Ingat Hari Jadi, Ingat Doktor Gigi,” pesan beliau dengan penuh makna.
Majlis ini diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti:
👵🧶 Pertandingan Gubahan Kraftangan
🎤 Pertandingan Mendeklamasi Puisi
👗 Pertandingan Peragaan Fesyen (Fashion Show) untuk Warga Emas
🩺 Pameran Kesihatan Pergigian oleh pelbagai kepakaran di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
Selain itu, pengunjung juga berpeluang mendapatkan maklumat dan nasihat mengenai penjagaan kesihatan pergigian warga emas, sejajar dengan tema “Senyum Sihat, Warga Emas Bahagia.”
Antara peserta utama program ini merupakan warga Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) serta para warga emas dari sekitar Kota Kinabalu dan daerah berhampiran.
Turut hadir bersama:
YBrs. Dr Thaddius Herman anak Maling,
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Bahagian Kesihatan Pergigian)
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
🌟 Tahniah dan syabas diucapkan kepada Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Pejabat Kesihatan Pergigian Kawasan Kota Kinabalu selaku tuan rumah atas penganjuran majlis yang penuh bermakna ini.
Semoga semangat Kempen 6020 terus disemarakkan demi memastikan warga emas Sabah kekal sihat, ceria dan tersenyum manis selalu! 😁