Objektif
Membantu seseorang individu untuk mencapai dan mengekalkan suatu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif. Ini boleh dicapai dengan menyediakan perkhidmatan bercorak penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan yang cekap, sesuai dan berkesan dengan memberi penekanan kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik.
Visi
Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.
Misi
Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:
i) untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:
• mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
• menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
• mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
ii) untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
• mengutamakan pelanggan
• saksama
• tidak membebankan
• cekap
• wajar mengikut teknologi
• boleh disesuaikan mengikut persekitaran
• inovatif
iii) Dengan menekankan terhadap etika perkhidmatan:
• sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
• sifat menghormati maruah insan
• penglibatan masyarakat
JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH
Objektif
Melaksanakan program-program kementerian dengan pembekalan perkhidmatan perubatan, kesihatan dan pergigian di peringkat Negeri dan Daerah bagi meninggikan taraf kesihatan rakyat supaya mencapai dan mengekalkan suatu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif dengan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang bercorak penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan yang cekap dan berkesan dengan memberi tekanan kepda golongan-golongan yang kurang bernasib baik.
Visi
Menjadikan setiap individu, keluarga dan masyarakat di negeri Sabah prihatin dan melibatkan dalam penjagaan kesihatan dalam pembentukan masyarakat yang sihat sejahtera.
Misi
Untuk merealisasikan Visi jabatan melalui peningkatan promosi kesihatan dan pencegahan yang lebih berkesan, perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang berkualiti oleh anggota-anggota yang mengamalkan profesionalisme, kerja berpasukan, penyayang serta mengadakan perkongsian pintar dengan semua sektor demi kehidupan yang bermutu.
BAHAGIAN KESIHATAN AWAM
Objektif Umum:
-
Meningkatkan status kesihatan dan kualiti kehidupan masyarakat, ke arah kehidupan yang sihat dan produktif.
-
Menyediakan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan komprehensif melalui perkhidmatan promotif, preventif, kuratif dan rehabilitif di setiap peringkat kepada masyarakat.
-
Mencegah insidens dan prevalens penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.
Objektif Khusus:
-
Untuk meningkat dan mengekalkan kesihatan fizikal, mental dan sosial sesebuah keluarga dan masyarakat.
-
Mengurangkan kejadian penyakit dan kematian.
-
Menggalakkan cara hidup sihat, keadaan tempat kerja yang sihat dan selamat dan persekitaran yang bersih.
-
Menguatkuasakan undang-undang kesihatan awam.
Bahagian Kesihatan Awam
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
Tingkat 1, Rumah Persekutuan
Jln Mat Salleh, 88590 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Tel: 088-512555
Faks: 088-221477
Aduan/Cadangan/Maklumbalas:
primerjknsabah@moh.gov.my

PENAFIAN :
JKN Sabah dan Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.