
YBrs. Sitti Aralas
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan & Kualiti Makanan)
BKKM ditubuhkan bagi melindungi orang ramai terhadap bahayanya dari segi Kesihatan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan mengenai perkara-perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya.
1. Memastikan penyediaan, penjualan dan penyimpanan semua bahan makanan adalah bersih dan selamat serta mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan dibawahnya
2. Memastikan supaya semua bahan makan yang dijual adalah:
- Bebas daripada pencemaran dan penambahan aditif makanan yang tidak diperlukan dan bertujuan penipuan
- Mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditetapkan
- Dilabel dan diiklan dengan mencukupi serta memberi gambaran sebenar mengenai kandungan makanan tersebut
3. Memastikan semua bahan makanan yang diimport ke Negera ini adalah selamat dan mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985
4. Memastikan makanan yang dieksport oleh negara ini mematuhi keperluan oleh negara-negara pengimport dan mematuhi Peraturan-peraturan Makanan Pengeluar Sijil Bagi Tujuan Eksport Ikan dan Hasilan Ikan ke Kesatuan Eropah 2009.
5. Memastikan orang ramai menerima maklumat yang tepat mengenai aspek keselamatan dan kebersihan makanan.
Memastikan keselamatan makanan dan mempertingkatkan integriti negara dalam keselamatan dan kualiti makanan melalui tanggungjawab dan akauntabiliti bersama berasaskan sistem pengurusan tripartite yang berkesan ke arah Wawasan 2020.
Mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi meransang dan memudahkan rakyat untuk:
1. Mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka.
2. Menghargai kesihatan sebagai aset yang bernilai.
3. Mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu.
4. Mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi meransang dan memudahkan rakyat untuk:
- Mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka.
- Menghargai kesihatan sebagai aset yang bernilai.
- Mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu.
1. Pendaftaran Premis Makanan (FoSIM)
2. Perlesenan Air Minuman Berbungkus dan Air Mineral Semulajadi (AMB/AMS)
3. Perlesenan Ais untuk Perniagaan dan Perdagangan
4. Akreditasi Baru dan Pembaharuan Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM)
5. Sijil Pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS)
6. Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)
7. Akta Juruanalisis Makanan 2011
8. Skim Pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP)
9. Skim Pensijilan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP)
10. Sijil Kesihatan untuk Tujuan Eksport
11. Sijil Penjualan Bebas (Eksport Makanan)
12. Pensijilan Trust MyCatering (TMC)
13. Pendaftaran My-Food Tag (MFT)
14. Penyenaraian Homebased Food
15. Pendidikan Kesihatan
16. Pelaporan Keselamatan Makanan
CAWANGAN
- Cawangan Pengurusan
- Cawangan Perkhidmatan Industri
- Cawangan Surveilan dan Komunikasi & Kepenggunaan
- Cawangan Penguatkuasaan Domestik & Import
- Cawangan Kawalan Eksport Makanan