PENGENALAN DAN SEJARAH

 

Hospital Keningau telah mula beroperasi sejak 13 Mei, 1957, sebagai sebuah 'Cottage Hospital' dibina di atas bukit dengan keluasan kawasan 9.2 Hektar.Ia satu satunya hospital berpakar jenis minor yang terdapat di kawasan pedalaman negeri Sabah. Jarak jauh daripada pusat bandar Keningau lebih kurang 1 KM.

Pembinaan Hospital Baru dengan keluasan 11.15 hektar terletak di KM 5, Jln Apin-Apin/Keningau mula beroperasi pada 08 Febuari 2004 di bawah Projek Rancangan Malaysia ke-8. Hospital Keningau telah mendapatkan CPC (Certificate of Practical Completion) pada 31 Mei, 2003 dengan kos RM198.8 juta (Turnkey Project). Hospital Keningau dilengkapkan peralatan moden dengan Sistem Maklumat IHIS 'Intermediate Hospital Information System' iaitu satu sistem pengurusan berkomputer untuk pesakit dan kakitangan.

Hospital Keningau memberi perkhidmatan kepada penduduk di sekitar Daerah Keningau. Hospital ini juga menjadi rujukan kepada kemudahan kesihatan seperti berikut:

i. 2 buah hospital daerah

ii. 14 buah klinik kesihatan

iii. 2 klinik komuniti (K1M)

iv. 3 KKIA

v. 31 Klinik Desa

vi. 10 Klinik swasta

Kepadatan penduduk Daerah Keningau adalah seramai 184,000 orang (Health Facts Sabah 2007). Suku kaum yang tinggal di kawasan ini adalah Kadazan/Dusun, Murut, Cina dan lain-lain. Pekerjaan utama penduduk di kawasan ini adalah pertanian dan industri menanam kelapa sawit. Pada masa dahulu Daerah Keningau merupakan salah satu kawasan pembalakan.

Pada keseluruhannya, Hospital Keningau mempunyai 3 blok bangunan bertingkat dan 10 blok pangsapuri kediaman kakitangan. Hospital Keningau menyediakan wad perubatan, wad pembedahan wad kanak kanak, wad materniti, wad jagaan rapi(neonat dan dewasa), wad bersalin dan wad 4B yang dahulu dikenali sebagai wad kelas pertama. Jumlah katil rasmi Hospital Keningau terkini adalah 212 buah.

Selain rawatan pesakit dalam Hospital Keningau juga menyediakan beberapa perkhidmatan penting seperti Unit Pentadbiran, Jabatan Pesakit Luar, Klinik Pakar, Unit Hemodialisis, Unit Forensik, Unit Patologi, Unit Pengimejan dan diagnostik, Unit bekalan bahan steril, Unit farmasi dan bekalan (termasuk stor integrasi), Unit Rehabilitasi, Unit rekod perubatan dan unit sajian.

 

 

PEMANDANGAN UDARA HOSPITAL KENINGAU

pemandangan udara HKGU

 

 

LOKASI HOSPITAL KENINGAU

       LokasiHKGU