NG MERS 999: Transformasi Baharu Sistem Kecemasan Negara Melalui Aplikasi SaveMe 999

Aplikasi "SaveMe 999" boleh dimuat turun daripada Apps Store atau Play Store merupakan kaedah untuk mendapatkan bantuan kecemasan secara digital yang menawarkan lebih banyak fungsi, seperti boleh menghantar gambar, geolokasi dan lain-lain.


Penolong Pegawai Perubatan (PPP) yang bertugas di Medical Emergency Coordination Centre (MECC) dan responder ambulans juga dapat menghubungi pemanggil melalui panggilan suara atau panggilan video. 


Perkhidmatan Next Generation Malaysian Emergency Response Services 999 (atau NG MERS 999) ialah satu inisiatif oleh Kerajaan Malaysia untuk memodenkan sistem dan perkhidmatan kecemasan di Malaysia.


Inisiatif ini akan meningkatkan pengurusan dan kecekapan operasi perkhidmatan kecemasan dengan sokongan keupayaan teknologi terkini. NG MERS 999 menggantikan Perkhidmatan Malaysian Emergency Response Services 999 (MERS 999) yang sedia ada, yang sebelum ini hanya fokus kepada komunikasi suara dan teks sahaja.

Sebagai penyelesaian komprehensif baharu untuk sistem kecemasan negara, NG MERS 999 menawarkan perkara berikut:

  1. Keupayaan Multimedia dan Aksesibiliti
    NG MERS 999 membolehkan orang awam menghantar permintaan kecemasan melalui pelbagai saluran seperti teks, gambar, video, dan bukan hanya panggilan suara. Ini meningkatkan keberkesanan komunikasi dalam situasi kritikal.
  2. Penyampaian Perkhidmatan Lebih Efisien
    Pusat Panggilan Kecemasan 999 dan Agensi Kecemasan dapat menguruskan maklumat dengan lebih cepat dan tepat, sekali gus mempercepatkan proses bantuan.
  3. Pengesanan Geolokasi Tepat
    Sistem ini mampu mengesan lokasi pengadu secara automatik, membolehkan penugasan pasukan kecemasan dilakukan dengan lebih pantas dan tepat.
  4. Platform Terbuka dan Interoperabiliti
    NG MERS 999 direka untuk integrasi dengan sistem dalaman dan luaran, memudahkan kerjasama antara pelbagai agensi dan pihak berkepentingan.
  5. Penambahbaikan Berterusan
    NG MERS 999 mempunyai mekanisme untuk penambahbaikan berterusan, memastikan sistem sentiasa selaras dengan teknologi terkini dan keperluan semasa.

 

Muat Turun Aplikasi SaveMe 999

HUBUNGI KAMI

HOSPITAL KOTA MARUDU
PETI SURAT 255
89108 KOTA MARUDU
SABAH


TEL: 088-661984
FAX: 088-661967
EMEL: pengarah.kotamarudu@moh.gov.my
LAMAN WEB: https://jknsabah.moh.gov.my/hkm

 

WAKTU MELAWAT WAD

ISNIN - JUMAAT (HARI BEKERJA BIASA)

12:30PM - 2:00PM

4:30PM - 7:30PM

SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM

12:30PM - 7:30PM

ANDA ADALAH PENGUNJUNG KE

039551
Today: 54
This Week: 196
Last Week: 223
This Month: 685
Last Month: 905
Hak Milik Terpelihara © 2026 Hospital Kota Marudu
Tarikh kemaskini: 19 Mei 2026

Penafian: Hospital Kota Marudu tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat daripada penggunaan maklumat di laman ini.