"Salam Sejahtera"
Di kesempatan ini saya mengambil ruang dan peluang untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga Hospital Kota Marudu atas komitmen, kesungguhan, dan kerja keras berpasukan yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan segala tugas yang diamanahkan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan di hospital ini.
Tahun ini tentunya akan memberi satu lagi cabaran baharu kepada seluruh warga Hospital Kota Marudu. Sebagai sebuah organisasi yang berperanan sebagai organisasi yang memberi kemudahan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat setempat. Saya menyeru agar seluruh warga hospital untuk terus mengamalkan budaya kerja yang cemerlang dan berintegriti tinggi agar perancangan utama organisasi pada tahun ini dapat dilaksanakan dengan jayanya selaras dengan visi, misi dan objektif hospital ini.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Unit ICT Hospital Kota Marudu kerana telah berusaha untuk membangunkan dan mengemaskini laman web hospital (https://jknsabah.moh.gov.my/hkm) selaras dengan maklumat terkini. Hospital Kota Marudu sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan agar dapat memenuhi keperluan terkini masyarakat seluruhnya. Justeru, penerbitan laman web ini adalah untuk menyediakan maklumat terkini berkaitan dengan perkhidmatan di hospital agar ia dapat menjadi sebahagian sumber maklumat serta sebagai bahan rujukan penting yang boleh dikongsi bersama dan dapat memberi input yang berguna kepada semua pelayar laman web ini.
Selaku Pengarah Hospital Kota Marudu saya mengucapkan “Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Hospital Kota Marudu”.
Sekian, salam hormat
Dr Lydiarita M. Marajin
Pengarah
Hospital Kota Marudu