Visi Misi Objektif

Visi

Hospital Kota Marudu akan menjadi sebuah Hospital Berpakar Minor yang komited dalam menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan yang selamat, berkualiti, dan berinovasi melalui penggunaan teknologi terkini untuk memenuhi keperluan kesihatan komuniti di Zon Pantai Barat Utara, Sabah.

 

Misi

Visi Hospital Kota Marudu dapat direalisasikan melalui ;

  • Penambahbaikan fasiliti melalui permohonan penambahan dan penggantian aset-aset perubatan dan menaiktaraf infrastruktur sedia ada.
  • Mewujudkan anggota yang mahir dalam bidang tugasnya.
  • Meningkatkan pendigitalan dalam penyampaian perkhidmatan dan pengurusan hospital melalui penggunaan teknologi maklumat dan sistem kesihatan digital.
  • Meningkatkan kesedaran masyarakat menghargai kesihatan.

 

Objektif

  • Menyediakan pelan penambahbaikan infrastruktur hospital dengan permohonan sekurang-kurangnya 10 aset perubatan kritikal dan 3 projek naiktaraf fasiliti setiap tahun.
  • Meningkatkan kadar penghantaran kakitangan dalam latihan jangka pendek atau panjang dalam bidang kepakaran tertentu dengan penghantaran sekurang-kurangnya 10 kakitangan setiap tahun.
  • Mengembangkan implementasi sekurang-kurangnya 1 modul baru setiap tahun dalam sistem digital sedia ada yang berkaitan pengurusan pesakit.
  • Melaksanakan pendidikan pesakit kepada sekurang-kurangnya 85% pesakit yang dirujuk/discaj di unit-unit berkaitan.

HUBUNGI KAMI

HOSPITAL KOTA MARUDU
PETI SURAT 255
89108 KOTA MARUDU
SABAH


TEL: 088-661984
FAX: 088-661967
EMEL: pengarah.kotamarudu@moh.gov.my
LAMAN WEB: https://jknsabah.moh.gov.my/hkm

 

WAKTU MELAWAT WAD

ISNIN - JUMAAT (HARI BEKERJA BIASA)

12:30PM - 2:00PM

4:30PM - 7:30PM

SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM

12:30PM - 7:30PM

ANDA ADALAH PENGUNJUNG KE

037457
Today: 38
This Week: 38
Last Week: 200
This Month: 259
Last Month: 751
Hak Milik Terpelihara © 2026 Hospital Kota Marudu
Tarikh kemaskini: 13 Februari 2026

Penafian: Hospital Kota Marudu tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat daripada penggunaan maklumat di laman ini.