Unit Farmasi

Image

Pengenalan

Unit Farmasi Hospital Kota Marudu terdiri daripada beberapa sub-unit yang mempunyai skop perkhidmatan yang berlainan, iaitu Farmasi Pesakit Luar, Farmasi Pesakit Dalam, Farmasi Wad dan Farmasi Logistik. Anggota kakitangan di Farmasi terdiri daripada 9 orang Pegawai Farmasi, 1 orang Ahli Farmasi Provisional, 8 orang Penolong Pegawai Farmasi, 2 orang Pembantu Tadbir dan 1 orang Pra.

Setiap sub-unit mempunyai fungsi yang berlainan untuk memastikan proses-proses kerja dapat dijalankan dengan lancar.

 

Skop Perkhidmatan


Farmasi Pesakit Luar

Pendispensan ubat-ubatan kepada pesakit luar
Pembekalan ubat-ubatan Bahan Psikotropik dan Racun Berjadual
Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu
Memberi kaunseling mengenai penggunaan ubat-ubatan kepada pesakit apabila perlu


Farmasi Pesakit Dalam

Pembekalan ubat-ubatan ke Wad dan Unit-unit Pemesan
Pembekalan ubat-ubatan secara “Unit of Use” atau “Unit of Dose” ke Wad
Pembekalan ubat-ubatan Bahan Psikotropik dan Racun Berjadual
Memberi kaunseling mengenai penggunaan ubat-ubatan kepada pesakit apabila perlu
Membancuh ubat secara “extemporaneous” untuk pesakit


Farmasi Wad

Mendapatkan “Medication History” pesakit yang dimasukkan ke wad
Memantau terapi ubat pesakit (Pharmacotherapy Review) untuk mengenalpasti masalah berkaitan dengan ubat (Drug Related Problem)
Menjalanan intervensi bagi sebarang masalah berkaitan dengan “Drug Therapy” pesakit dan membuat dokumentasi yang diperlukan
Memberikan kaunseling (Bedside/Discharge) mengenai penggunaan ubat-ubatan kepada pesakit apabila perlu
Mengendalikan pertanyaan maklumat ubat dan racun


Farmasi Logistik

Perolehan dan Pemesanan Stok Ubat dan Bukan Ubat
Pengeluaran stok ubat dan bukan ubat ke wad dan unit-unit pemesan
Pemanggilan balik produk
Terlibat dalam pemprosesan aduan produk


Objektif

Memberi perkhidmatan farmasi dan bekalan yang bermutu, selamat dan berkesan kepada semua unit pengguna dan pelanggan di Hospital Kota Marudu.

 

Visi Unit

Unit Farmasi Hospital Kota Marudu akan menjadi unit perkhidmatan farmasi yang sistematik dan progresif serasi dengan teknologi yang sesuai dengan mengutamakan kualiti dan keselamatan pengguna.

 

Misi Unit

Mewujudkan anggota yang dinamik, berwibawa tinggi, cekap dan produktif, sesuai dengan kemudahan perkhidmatan serta kemahiran tenaga yang sedia ada.

 

Piagam Pelanggan

 

Farmasi Pesakit Luar

Kami berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan:

Memastikan ubat-ubatan yang betul dibekalkan tidak melebihi 30 minit bagi preskripsi yang lengkap diterima.
Memastikan pelanggan yang berdaftar dengan Sistem Temujanji Farmasi mendapat bekalan ubat susulan pada tarikh yang dijanjikan.


Farmasi Pesakit Dalam

Kami berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan memastikan pembekalan ubat ke wad/unit bagi preskripsi/pesanan yang lengkap diterima dalam tempoh masa 3 jam dalam waktu pejabat.

 

Farmasi Logistik

Kami berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan:

Membekalkan item standard kepada pemesan tidak melebihi 10 hari bekerja selepas pesanan yang lengkap diterima.
Membekalkan item bukan standard kepada pemesan selepas pesanan yang lengkap diterima, tidak melebihi 10 hari bekerja selepas bekalan diterima di Unit Farmasi Logistik

LOKASI HOSPITAL

HUBUNGI KAMI

HOSPITAL KOTA MARUDU
PETI SURAT 255
89108 KOTA MARUDU
SABAH


TEL: 088-661984
FAX: 088-661967
EMEL: pengarah.kotamarudu@moh.gov.my
LAMAN WEB: https://jkns.moh.gov.my/hkm

 

WAKTU MELAWAT WAD

ISNIN - JUMAAT (HARI BEKERJA BIASA)

6:00AM - 7:00AM

12:30PM - 2:00PM

4:30PM - 7:30PM

SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM

12:30PM - 7:30PM

ANDA ADALAH PENGUNJUNG KE

010909
Today: 14
This Week: 232
Last Week: 282
This Month: 72
Last Month: 1,087