Hospital Kota Marudu Receives Major Contribution of Medical Equipment from Latter-Day Saints NGO

Image
Dr Lydiarita (second-right) receives the donated medical equipments from Larry (left)
Kota Marudu, 22 September 2025 – Hospital Kota Marudu has received a significant contribution of medical equipments valued at over RM500,000 from The Church of Jesus Christ of Latter-Day Saints (LDS). The official handover ceremony took place this evening at Dewan Sri Posisang, Hospital Kota Marudu, and was attended by representatives from the Sabah State Health Department, the hospital management team, and the NGO.

The event commenced with an introduction to Hospital Kota Marudu, followed by an address from the Hospital Director, who expressed heartfelt appreciation to LDS for their generosity and continued support towards healthcare services in the district.

Elder Larry Hathaway, representing LDS, also delivered remarks highlighting the NGO’s ongoing commitment to contribute in strengthening healthcare delivery through similar collaborations with government healthcare facilities, particularly in underserved and rural areas.


The Hospital Director emphasized that this contribution will significantly enhance service delivery and patient care across multiple departments, including emergency, surgery, pediatrics, pathology, transfusion medicine, and specialist clinics.

The ceremony featured a symbolic handover of the donated equipment, followed by a photography session with all distinguished guests.

This collaboration between Hospital Kota Marudu and LDS reflects the importance of cross-sector partnerships in strengthening healthcare services and improving patient outcomes in Sabah.



Kota Marudu, 22 September 2025 – Hospital Kota Marudu telah menerima sumbangan peralatan perubatan bernilai lebih RM500,000 daripada The Church of Jesus Christ of Latter-Day Saints (LDS). Majlis penyerahan rasmi telah berlangsung pada petang ini di Dewan Sri Posisang, Hospital Kota Marudu, dengan kehadiran wakil daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, pihak pengurusan hospital serta wakil NGO tersebut.

Majlis dimulakan dengan pengenalan ringkas mengenai Hospital Kota Marudu, diikuti dengan ucapan daripada Pengarah Hospital yang menyampaikan penghargaan tulus ikhlas kepada LDS atas kemurahan hati dan sokongan berterusan mereka terhadap perkhidmatan kesihatan di daerah ini.

Elder Larry Hathaway, yang mewakili LDS, turut menyampaikan ucapan dengan menekankan komitmen berterusan NGO tersebut untuk menyumbang ke arah memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan melalui kerjasama seumpama ini bersama fasiliti kesihatan kerajaan, khususnya di kawasan pedalaman dan kurang mendapat liputan.

Pengarah Hospital menegaskan bahawa sumbangan ini akan memberi impak besar dalam meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan serta penjagaan pesakit di pelbagai jabatan, termasuk Jabatan Kecemasan, Pembedahan, Pediatrik, Patologi, Perubatan Transfusi serta klinik-klinik pakar.

Majlis turut menyaksikan penyerahan simbolik peralatan yang disumbangkan, diikuti dengan sesi bergambar bersama semua tetamu kehormat.

Kerjasama antara Hospital Kota Marudu dan LDS ini mencerminkan kepentingan jalinan kerjasama rentas sektor dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan dan meningkatkan hasil rawatan pesakit di Sabah.

HUBUNGI KAMI

HOSPITAL KOTA MARUDU
PETI SURAT 255
89108 KOTA MARUDU
SABAH


TEL: 088-661984
FAX: 088-661967
EMEL: pengarah.kotamarudu@moh.gov.my
LAMAN WEB: https://jknsabah.moh.gov.my/hkm

 

WAKTU MELAWAT WAD

ISNIN - JUMAAT (HARI BEKERJA BIASA)

12:30PM - 2:00PM

4:30PM - 7:30PM

SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM

12:30PM - 7:30PM

ANDA ADALAH PENGUNJUNG KE

038867
Today: 1
This Week: 119
Last Week: 245
This Month: 1
Last Month: 905
Hak Milik Terpelihara © 2026 Hospital Kota Marudu
Tarikh kemaskini: 23 April 2026

Penafian: Hospital Kota Marudu tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat daripada penggunaan maklumat di laman ini.