Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC)
Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC)
Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC)
Hospital Tawau
PENGENALAN

Unit Penyelidikan Klinikal(Clinical Research Unit(CRU), Hospital Tawau telah ditubuhkan pada bulan Mei 2017 dan secara rasminya telah dilancarkan pada 24 Oktober 2018 oleh Dr. Abd Kahar Bin Abd Asis (Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri(Perubatan)) yang mewakili Datuk Dr. Christina Rundi, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah. Unit Penyelidikan Klinikal telah dinaik taraf kepada Pusat Penyelidikan Klinikal(CRC) pada November 2019. Penubuhan Pusat Penyelidikan Klinikal merupakan salah satu inisiatif untuk menggalakkan aktiviti penyelidikan dalam kalangan kakitangan Hospital Tawau dan menambah baik servis kepada klien iaitu pesakit di Hospital Tawau melalui Evidence Based Practice. Hospital Tawau juga berazam untuk memberikan perkhidmatan secara holistik dan terbaik kepada pesakit. Oleh itu, bagi mencapai matlamat ini, pelaburan dalam bidang penyelidikan adalah langkah penting supaya perkhidmatan secara holistik dan terbaik dapat diberikan kepada pesakit.
Penubuhan pusat penyelidikan klinikal adalah bertujuan untuk memantapkan lagi aktiviti penyelidikan dengan mewujudkan persekitaran kondusif dan memberikan sokongan kepada para penyelidik di Kementerian Kesihatan Malaysia khususnya di Hospital Tawau.
Hospital Tawau pada masa ini dianggotai oleh 1494 kakitangan yang terdiri daripada 28 pakar daripada pelbagai jabatan klinikal. Hospital Tawau juga merupakan hospital lead bagi Hospital Kluster Tawau yang merangkumi Hospital Lahad Datu, Hospital Semporna dan Hospital Kunak. Penubuhan Pusat Penyelidikan Klinikal merupakan satu langkah strategik dari segi lokasi untuk merangkumi kawasan Pantai Timur Sabah.
VISI
Menjadi pemandu kepada penyelidikan di Hospital Kluster Tawau menuju kearah pusat kecemerlangan penyelidikan di Pantai Timur Sabah.
MISI
Mempromosikan penyelidikan, memberikan sokongan dan latihan kepada penyelidik di Hospital Kluster Tawau justeru memperbaiki perawatan dan perkhidmatan kepada pesakit melalui evidence based practice.
PERKHIDMATAN
- Kami membantu dan melancarkan aktiviti penyelidkan seperti Investigator Initiated Research (IIR) di Hospital Tawau
- Membantu penyelidik untuk membentuk protokol penyelidikan
- Membantu penyelidik untuk menganalisis data menggunakan Statistical Package for the Social Sciences Software(SPSS)
- Kami membantu dalam proses pendaftaran protokol penyelidikan kepada NMRR (National Medical Research Register) dan permohonan untuk geran penyelidikan
- Kami memberikan Klinik Konsultasi Penyelidikan atau Research Consultation Clinic(RCC) kepada para penyelidik
- Kami menganjurkan kursus/ bengkel/seminar berkaitan penyelidikan

