Accessibility Tools

Image
 faq  aduan  hubungi  sitemap

Unit Transfusi Darah

VISI

Sedia berkhidmat kepada masyarakat dengan menyediakan bekalan darah yang berkualiti, mencukupi serta selamat untuk perawatan pesakit sejajar dengan piawaian yang ditetapkan oleh Pusat Darah Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

MISI

Sentiasa berusaha untuk memberikan Perkhidmatan Perubatan Transfusi yang berkualiti melalui prinsip kerja berpasukan, profesionalisma, cekap, produktif dan inovatif.

OBJEKTIF

  1. Memastikan bekalan darah adalah mencukupi, selamat dan berkualiti untuk kegunaan pesakit.

  2. Mewujudkan dan mengekalkan sekumpulan penderma darah yang selamat melalui pendermaan darah secara sukarela.

  3. Memastikan perawatan pesakit yang optima melalui amalan transfusi yang baik.

SKOP PERKHIDMATAN

1.Seksyen Perolehan Darah

Menjalankan aktiviti pendermaan darah di hospital serta kempen derma darah bergerak bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi.

2.Seksyen Komponen

Memproses darah yang didermakan kepada komponen darah yang bersesuaian mengikut keperluan rawatan pesakit.

3.Seksyen Inventori

Berfungsi sebagai pusat pembekalan darah dan komponen darah di peringkat Kluster Tawau dengan membekalkan darah dan komponen mengikut keperluan kepada semua hospital Kluster Tawau termasuk hospital swasta.

4. Seksyen Transfusi Mikrobiologi

-Menjalankan ujian Rapid Plasma Reagin (RPR) bagi kutipan darah Kluster Tawau.

-Menghantar sampel darah ke Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Queen Elizabeth II untuk ujian saringan Nucleic Acid Test (NAT), ujian saringan dan pengesahan HIV, HBV dan HCV.

5.Seksyen Transfusi Klinikal

Menjalankan ujian kumpulan darah, saringan antibodi dan ujian keserasian bagi memastikan transfusi yang selamat.

6. Seksyen Immunohematologi

Berfungsi sebagai pusat rujukan kes immunohematologi bagi Kluster Tawau selain merujuk sampel darah ke Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Queen Elizabeth II dan Pusat Darah Negara untuk ujian-ujian lanjutan khas mengikut kes-kes tertentu.

7. Seksyen Kualiti

Memastikan setiap produk yang dihasilkan adalah menepati piawaian yang telah ditetapkan.