4. Apakah bedah siasat klinikal? What is clinical autopsy?
Bedah siasat klinikal adalah untuk mengkaji dan mengenalpasti sebab utama yang membawa kepada kematian seseorang individu di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia, setelah rawatan sewajarnya yang telah diberikan gagal untuk memulihkan atau menyelamatkan individu tersebut. Bedah siasat klinikal biasanya tidak melibatkan kes-kes dibawah siasatan polis.
Pemeriksaan bedah siasat klinikal hanya boleh dilaksanakan sekiranya waris atau ahli keluarga terdekat memberi kebenaran bertulis untuk berbuat demikian. Pihak waris perlu menandatangani borang khas untuk memberi kebenaran kepada pihak hospital untuk menjalankan bedah siasat setelah menerima penjelasan daripada doktor atau pakar yang merawat pesakit tersebut.
Clinical autopsy is to study and determine the real cause of death of an individual in a hospital under Ministry of Health after all proper treatments failed to cure or save the individual. Generally clinical autopsy does not involve any cases under police investigation.
Clinical autopsy is only possible if the next of kin gives a written permission to do so. After listening and understanding the full explanation from the specialist or doctor who treated the individual, the next of kin then needs to sign a special form to allow the hospital to conduct the autopsy.

