Accessibility Tools

Image
 faq  aduan  hubungi  sitemap

Unit Khidmat Pengurusan

Unit Khidmat Pengurusan

Bahagian Pentadbiran merupakan salah satu daripada tujuh Bahagian di dalam Jabatan Pengurusan. Bahagian ini terbahagi kepada lapan unit seperti berikut :

  • Unit Pentadbiran Am
  • Unit Keselamatan Hospital
  • Unit Perpustakaan
  • Unit Pembangunan
  • Unit Pengurusan Asrama

Secara amnya Bahagian Pentadbiran bertanggungawab menguruskan segala urusan berkaitan perkhidmatan Pengurusan Am, surat-menyurat, fail, pengangkutan, kemudahan penginapan kuarters/ asrama, perkhidmatan pelanggan,  pengurusan pejabat dan keselamatan hospital.

Perkhidmatan yang Disediakan

  • Penerimaan Surat Rasmi, Berdaftar dan Persendirian -Merekodkan surat-surat rasmi yang diterima secara berdaftar.
  • Penyediaan dan Penghantaran Surat Pos Biasa, Berdaftar dan Pos Laju. – Surat yang dihantar diasingkan mengikut alamat agensi dan membuat penyata surat-surat yang dihantar mengikut keperluan penghantaran.
  • Permohonan Membuka Fail Baru Jabatan, Penutupan – Dan Pelupusan Fail. Pembukaan dan Penutupan fail menggunakan Panduan Sistem Fail yang dikeluarkan oleh MAMPU, manakala Pelupusan Fail adalah mengikut Panduan oleh ARKIB NEGARA.
  • Permohonan Penggunaan Kenderaan Jabatan – Memberi kemudahan kepada pegawai dan anggota menjalankan tugas-tugas resmi di luar jabatan.
  • Pengendalian Peruntukan Kenderaan Pegawai Gred Khas – Menguruskan peruntukan kenderaan kepada pegawai gred khas tertinggi setelah diluluskan oleh Kementerian Kewangan dan disediakan oleh pihak Vendor.
  • Menyediakan Pelekat Kenderaan Kakitangan – Bagi mengenal pasti kenderaan keluar-masuk yang digunakan oleh pegawai dan anggota hospital, pelekat kenderaan bagi kereta dan motor disediakan.
  • Menguruskan Permohonan Telefon Bimbit – Pegawai- pegawai Gred 54 ke atas yang memohon akan dikemukakan ke Kementerian Kesihatan setelah mendapat kelulusan dari Ketua Jabatan.
  • Permohonan Talian Telefon Sambungan Dalaman – Menguruskan permohonan talian telefon untuk dipindahkan lokasi, manambah talian sambungan dan permohonan sambungan baru.
  • Permohonan Kuarters, Asrama Jururawat dan Doktor Atas Panggilan. – Memberi kemudahan peruntukan kuarters kepada anggota yang layak setelah diputuskan oleh Jawatan Kuasa Perumahan. – Memberi kemudahan peruntukan asrama bagi Jururawat yang baru dilantik dan bertukar masuk ke Hospital Tawau. – Memberi kemudahan penginapan kepada Doktor yang bertugas Atas Panggilan di Kompleks Doktor On-Call.
  • Urusan Tempahan Bilik Mesyuarat dan Tempahan Makanan – Menyediakan kemudahan Bilik Mesyuarat bagi pegawai dan anggota yang memerlukan dan penyediaan tempahan makan dan minum jika ada.- Kemudahan juga disediakan untuk anggota pelawat dan lawatan yang dibuat ke Hospital Tawau.
  • Menyediakan Kad Pengenalan Jabatan Hospital Tawau – Memproses kad pengenalan jabatan bagi pegawai dan anggota Hospital Tawau.
  • Kawalan dan Keselamatan Hospital Tawau – Bertanggungjawab menyelaras kawalan keselamatan dan perlindungan dan memastikan sistem keselamatan berfungsi dengan baik.
  • Menyelaras Permohonan Penilaian Semula Sebutharga Radicare – Menyedia , menyelaras dan merekod permohonan penilaian semula sebutharga dari Radicere dan pandangan daripada syarikat perunding (SIHAT)
  • Menyelaras kerja-kerja Imbuhbalik (Reimbursable Work) – Menyelaras,merekod dan memantau pelaksanaan projek FIZIKAL dan pengurusan kerja-kerja Imbuhbalik Radicare dan kontraktor luar