Makluman Kepada Orang Ramai, terutama :
1.Golongan Yang Sihat & tidak memerlukan sebarang rawatan dan
2.Golongan BERISIKO TINGGI yang Sihat dan tidak memerlukan sebarang rawatan
ANDA DINASIHATKAN UNTUK TIDAK MENGUNJUNGI HOSPITAL TAWAU BAGI MENGELAKKAN PENULARAN WABAK COVID-19
Sepanjang tempoh berlakunya wabak COVID-19 di kawasan Tawau, Hospital Tawau telah menerima pelbagai bantuan dan sumbangan dari segi minuman, makanan dan barang-barang daripada masyarakat Tawau. Kami mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan terhadap keperihatinan dan bantuan yang diberikan.
Pihak Hospital Tawau ingin memaklumkan bahawa kami TIDAK PERNAH melantik individu, organisasi ataupun ejen untuk memohon bantuan daripada masyarakat terutama sekali dari segi sumber kewangan. Oleh itu pihak Hospital Tawau tidak bertanggungjawab terhadap semua individual, organisasi ataupun ejen yang meminta atau mengumpul derma menggunakan mana-mana platform seperti media social dan pungutan dari pintu ke pintu dan sebagainya.
Sekian, terima kasih.
HOSPITAL TAWAU
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ,jika diperlukan, HANYA SEORANG (1) peneman sahaja dibenarkan semasa temujanji klinik KECUALI untuk pesakit kanak-kanak atau pesakit yang memerlukan bantuan atau kes kecemasan.
dan TIADA pelawat dibenarkan masuk ke dalam wad KECUALI bagi kes kecemasan dan sangat memerlukan.